Baru-baru ini, tular di media sosial berkenaan satu posting yang dimuat naik oleh seorang individu yang menjalankan khidmat penghantaran makanan meluahkan rasa terkilan terhadap kenyataan yang dibuat oleh seorang chef selebriti yang popular dengan menu nasi Arab.
Sedar namanya menjadi bualan disebabkan posting viral individu tersebut, chef selebriti, Ammar Al Ali atau biasa disapa Chef Ammar tampil menjelaskan tanggapan negatif yang dilemparkan keatasnya sejak isu tersebut menjadi perbualan.
Menerusi temubual OhMyMedia, Chef Ammar memaklumkan bahawa pada awal perkenalan antaranya dan individu tersebut, beliau sama sekali tidak mencari pemuda itu, tetapi pemuda terbabit yang datang kepadanya untuk mengambil tempahan dari pelanggan yang mahu merasai nasi Arab air tangan chef terkenal berkenaan.
“Saya tak kenal dia. Dia yang datang cari saya. Lima tahun lepas dia datang dekat saya kata nak order 100 bekas. Tapi saya bagi nasihat, 100 ni boleh bagi on time ke? dia tunjuk tanda bagus, dan kata jangan risau, saya tahu job saya…”
“Dua tiga hari dia tak datang dekat saya, orang hentam saya sebab apa? sebab makanan sampai lambat. Saya minta maaf, mungkin dia ada banyak order, tapi orang cakap macam-macam dekat saya, tak apalah….”
“….Saya bagi satu runner cuma 5 bungkus. Tapi tak seronok juga. Ramai runner cakap nak boikot saya. Nak boikot, boikotlah, rezeki dari Allah S.W.T.
“This how he know me. Bukan saya kenal dia, dia yang kenal saya,” ujarnya.
Dalam pada itu, dia juga sempat menjelaskan kenyataan yang dibuat dalam live di media sosialnya sebelum ini berhubung “kawan makan kawan” yang diucapkannya.
Menurut chef yang berasal dari Palestin itu, beliau menujukan kenyataan tersebut secara umum sahaja berkaitan hubungan antara seseorang yang pernah kita bantu, namun akhirnya mengatakan yang tidak baik kepada kita semula.
“Jelas tu hanya secara umum. Perkara tu jadi satu pengajaran dalam hidup sayalah. Lima tahu kerja/ freelance dengan dia. Dah macam adik beradik. Macam-macam jadi, macam-macam seronok, marah, menangis, macam-macam minta nasihat. Kira macam-macam dah jadilah.
“Tapi senyap-senyap, dia jalan(runner) dengan orang lain. Alasan sebab saya (nasi Arab) dah tak laku lagi.
“Alhamdulillah, saya dah capai banyak hal. Rumah, kereta, restoran semua ada. Cukai pun bayar, SST dan semua yang dinyatakan kerajaan semua ikut. Apa yang saya nak lagi kan. Alhamdulillah,”
“Jadi bagi dekat orang lain pula. Saya bukan nak nombor satu sampai mati. Bila ada yang lagi better dari saya, Alhamdulillah sangat. Saya reda, itu paling penting.
“Tapi kawan makan kawan ini basically in general lah. Saya nak bagi nasihat dekat semua orang. Hati-hati, baik-baik….”
“Saya tak cakap dia orang tak baik, dia orang baik. Dia orang rajin, amanah, dia orang yang nak bekerja. Tapi dia kena tahulah yang dia bukanlah partner saya. Dia seorang runner atau orang yang menjalankan servis penghantaran…”
“Saya bukan sakit hati, tapi terkejut dengan apa yang dia kata. Kalau orang lain mesti rasa hal yang sama juga,” jelasnya lagi.
@ohmymedia.cc Kecoh sebelum ini ada runner yang meluahkan rasa kecewa terhadap seorang chef selebriti. Tapi, Chef Ammar telah tampil menjelaskan bahawa kapsyen “kawan makan kawan” ditujukan secara general. Beliau juga ralat sebab runner tersebut cuma cerita buruk tentang dirinya dalam posting di media sosial, tapi bantuannya selama 5 tahun langsung tak dinyatakan pun. Click artikel disediakan! #ohmymedia #ommbest #chefammar #nasiarab #tiktokmalaysia #tiktokforyourpage
Ditanya perihal kontrak atau perjanjian, Chef Ammar menjelaskan yang tiada sebarang hitam putih antara mereka disebabkan individu tersebut enggan mempunyai sebarang komitmen.
“Kontrak memang tak ada sebab dia tak mahu ada komitmen. Tapi bila orang nak masuk (runner lain) dia mengamuk. Dia persoalkan banyak hal seperti mahu menguasai semua. Jadi, saya bagilah dia. Nak buat seorang buatlah, ambil la.
“Tapi orang lain pun nak cari rezeki juga. Ada ramai runner dari Gombak, Ampang, Seri Petaling, Damansara, Subang Jaya, dia tak mahu bersaing.
“Cuma saya tak adalah nak ikut dia. Ini kan perniagaan saya. Saya ada kualiti runners bukan kuatiti runners sebab Nasi Arab saya ada brand yang perlu dijaga,” katanya.
Penjelasan yang dibuat oleh pemilik Nasi Arab Nombor Satu di Malaysia ini bertujuan untuk menjawab segala tohmahan yang dilemparkan terhadapnya tempoh hari sehingga teruk dikecam di media sosial.
Chef Ammar juga memaklumkan sudahpun menurunkan dua video siaran langsung yang dibuat sebelum ini selepas ada ahli keluarga runner tersebut meminta dia melakukan hal berkenaan.
Walaupun beliau akur dan menurut dengan permintaan pihak keluarga individu terbabit, namun runner tersebut tiba-tiba sahaja memuat naik posting seakan meluahkan rasa kecewa kerana dituduh “kawan makan kawan” sedangkan chef selebriti itu langsung tidak pernah mengeluarkan kenyataan menyebut perihal namanya.
!function(e,n,t){var o,c=e.getElementsByTagName(n)[0];e.getElementById(t)||(o=e.createElement(n),o.id=t,o.src=”https://connect.facebook.net/en_MY/sdk.js#xfbml=1&version=v17.0″,c.parentNode.insertBefore(o,c))}(document,”script”,”facebook-jssdk”);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source