Pertempuran Bukit Chandu merupakan nama yang tidak asing lagi di telinga rakyat Malaysia dan Singapura. Masakan tidak, inilah pertempuran paling epik yang dipimpin Leftenan Muda Adnan Saidi sehingga ke titisan darah terakhir dalam mempertahankan tanah airnya daripada dijajah Jepun.
Cerita berkenaan pertempuran epik ini disampaikan oleh perwira kita yang terselamat antaranya Leftenan Muda Abbas Abdul Manan dan Koperal Yaakob Bidin.
14 Februari 1942, Jepun benar-benar menggempur kedudukan pasukan di Bukit Chandu sehingga sanggup menyamar menjadi askar Punjabi. Namun, taktik mereka itu telah berjaya dihidu oleh Leftenan Adnan yang mengarahkan pasukannya membalas serangan habis-habisan.
Ketika Jepun mara ke pertengahan bukit, Koperal Yaakob turun ke lereng bukit untuk kutip senjata dan peluru milik rakan-rakannya yg telah gugur bagi mengelakkannya digunakan oleh Jepun dan pasukan mereka sendiri kekurangan senjata dan peluru. Ketika itulah sebutir bom tangan telah jatuh berdekatan dengannya, membuatkan beliau terpelanting ke bawah bukit dan pengsan.
Walaupun dalam keadaan tercedera, Leftenan Adnan tetap memberi kata-kata semangat kepada anak buahnya untuk terus berjuang. Jam 5 petang, tentera Jepun menggempur habis habisan pertahanan Kompeni C.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2023 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
Leftenan Muda Abbas dan 4 orang ahli platunnya meloloskan diri daripada kepungan Jepun. 2 orang ahli platunnya telah terjatuh ke dalam parit besar yang dipenuhi minyak yang panas dari Kem Normanton. Mereka berjaya ditarik keluar tapi tak berdaya meneruskan perjalanan dan akhirnya ditinggalkan. Menjelang senja, Abbas dan anggota platunnya tiba di batalion.
Sebaik sahaja Koperal Yaakob sedar, pertempuran telahpun tamat, dengan mayat bergelimpangan. Beliau dapat melihat bagaimana rakusnya askar Jepun menikam askar-askar Melayu yang masih hidup dengan bayonet.
Beliau melihat sendiri bagaimana Leftenan Adnan disumbat ke dalam karung guni beras, kemudian digantung pada pokok ceri dan ditikam sehingga mati. Koperal Yaakob sembunyikan diri di celah-celah timbunan mayat rakan-rakannya yg telah gugur dan berpura-pura mati.
Selepas Jepun beredar dari situ, Koperal Yaakob melarikan diri dalam keadaan berlumuran darah berbekalkan sepucuk pistol dan beberapa butir peluru. Beliau berdayung selama 8 jam di atas sampan sehingga sampai ke Tanjung Kupang, Johor Bahru.
British menganugerahkan Bintang Military Cross kepada Koperal Yaakob. Beliau kemudian berhenti daripada perkhidmatan paa tahun 1947 selepas 12 tahun berkhidmat. Pada 18 Jun 1948, beliau menyertai Pasukan Polis Khas (SC) sebaik tercetus darurat, dengan pangkat Sarjan.
Manakala Leftenan Muda Abbas Manan menamatkan perkhidmatan dengan berpangkat panglima 1 bintang (Brig Jen) sebagai Panglima 1 Briged. Beliau bersara pada tahun 1967.
Oleh: Azizul Farhan
___
Sebenarnya, Jeneral Tomoyuki Yamashita sendiri terkejut. Daripada melancarkan serangan balas, Leftenan Jeneral A.E. Percival sebaliknya menyerahkan terus Singapura. Winston Churchill gambarkan ni sebagai bencana terburuk dalam sejarah ketenteraan British. Dapatkan segera MALAYA 1941!
https://bit.ly/Malaya1941Shopee
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source