Ahad lalu, penulis berkesempatan untuk menyaksikan Cheerleading Showcase 2018 yang bertempat di KDU University College.
Memasuki tahun kelapan penganjurannya, ia adalah acara di mana para cheer leader dari sekolah rendah, menengah dan kolej mempersembahkan rutin cheer leading masing-masing kepada pasukan lain.
Lebih daripada 350 orang cheer leaders terlibat, namun tak seorang pun kelihatan seperti stereotaip cheer leader yang selalu ditunjukkan di dalam filem Hollywood. Mereka hanya kelihatan seperti orang biasa yang sukakan aktiviti tersebut.
Lantas, penulis terfikir mengenai perkara yang sering disalah anggap oleh netizen tentang cheer leader.
Walaupun cheer leading kini dimonopoli oleh perempuan, sebenarnya, ia bermula sebagai aktiviti untuk lelaki SAHAJA. Pada thaun 1897, pasukan American Football di Universiti Princeton telah menamakan 3 orang cheer leader lelaki yang akan bersorak untuk pasukan mereka.
University of Minnesota juga pernah menyediakan pasukan ‘yell leader’ yang terdiri daripada 6 orang pelajar lelaki.
Hanya pada tahun 1923, perempuan mula menyertai cheer leading. Mereka mendominasi aktiviti tersebut semasa golongan lelaki dikerah menyertai pasukan tentera dan pasukan atlet.
Pada masa inilah, rutin gimnastik, lompatan dan peralatan megaphone diperkenalkan untuk pasukan cheer leading.
Ramai beranggapan ia adalah aktiviti untuk gadis menggeletis atau ‘gedik’. Namun, cheer leading sebenarnya adalah sejenis sukan dan ia adalah antara sukan paling berisiko tinggi.
Di Amerika Syarikat, hanya 3 peratus daripada 2.9 juta pelajar perempuan sekolah menengah merupakan cheer leaders.
Bagaimanapun, 3 peratus itu juga yang mewakili 65% kes kecederaan parah di hospital Amerika. Ouch!
Ramai beranggapan cheer leader tidak bijak atau mempunyai personaliti ‘bimbo’. Namun, untuk mengekal posisi di dalam skuad cheer leading, seorang pelajar perlu sekurang-kurangnya mendapat GPA 2.5 pada setiap semester.
Pakaian juga menjadi satu isu besar. Mudah untuk korang menuduh cheer leader sebagai perempuan yang suka menggatal kerana mereka memakai seluar pendek atau skirt.
Ya, kebanyakan pasukan cheer leading akan melakukan rutin dengan berpakaian sebegitu. Namun, ia sebenarnya berkait rapat dengan faktor keselamatan.
Bayangkan jika T shirt atau seluar trek longgar mereka tersepit di kalangan ahli pasukan semasa membuat formasi piramid, seluruh pasukan boleh jatuh dan tercedera.
Kini, semakin banyak pasukan yang memilih legging untuk menjaga adab berpakaian.
“Cheer leader lelaki adalah homoseksual.” Dude, please..
Apa kaitan aktiviti sukan dengan seksualiti seseorang? Setiap ahli cheerleader akan bertindak profesional sepanjang latihan, pertandingan dan pergaulan dengan pasukan kerana mereka dilatih untuk menghormati ahli pasukan masing-masing.
Ahli pasukan perempuan pula dikatakan suka menjadi queen bee dan suka mengarah orang lain. Itulah yang selalu ditunjukkan oleh filem Hollywood.
Namun realitinya, kebanyakan daripada cheer leader perempuan sentiasa menjaga nilai persahabatan di antara mereka. Ini kerana untuk melakukan formasi sukar, mereka perlu meletakkan kepercayaan kepada rakan mereka.
Cheer leader sukakan glitter?
Okay, apa kata kita lakukan perbandingan. Korang semua suka untuk memakai shawl, tapi adakah korang semua sukakan satu jenama shawl saja? Tidak bukan.
Yes, cheer leader gemar untuk kelihatan presentable, namun itu tak bermakna mereka boleh distereotaip.
Cheer leading dikatakan malas dan hanya suka untuk kelihatan cantik saja. Hhm, apa kata satu hari nanti, korang pergi lihat sendiri latihan mereka di gym untuk mengetahui sama ada mereka malas atau tidak.
Cheer leader bukan setakat menghayun pom pom je tau. Mereka juga perlu menguasai skil melompat, stretching, menerjun, koreografi dan paling penting, skil persahabatan.
Akhir sekali, cheer leading bukan hanya untuk memenuhi masa lapang semasa sekolah saja. Percayalah, ramai cheer leader yang akan teruskan sukan tersebut selepas meninggalkan sekolah.
Ada yang menjadi coach, pelatih di gym dan tukang koreografi. Paling tidak pun, mereka pasti akan menyokong sebarang pertandingan yang disertai bekas pasukan mereka.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source