Pasti semua ibu bapa alami situasi anak menangis hingga buat diri rasa nak marah. Tapi andainya kita faham, sebenarnya anak menangis kerana mereka bergelut dengan emosi baru yang mengunjungi jiwa mereka yang baru setahun, 2 ,3, 4 ,5,6 tahun itu.
Bergelut untuk memahami emosi yang tidak pernah mereka alami sebelum ini. Ini yang dikongsikan oleh Puan Wan Nur Syakira yang banyak menulis tentang ilmu keibubapaan dan pendidikan anak di facebooknya dan telegram t.me/catatanparentingsyakira
Jika anak kecil menangis atau merengek, usah cepat melatah, apatah lagi memarahi, menengking mereka.
Mereka masih terlalu muda untuk bijak mengawal emosi mereka. Budak setahun lebih, takkanlah kita expect mereka dah pandai kawal emosi.
Kita tak boleh expect mereka dah tahu apa itu serabut, sedih, marah, geram, cemburu di usia mereka yang 3,4 tahun itu.
Kita yang dah tua ni pun, kalau emo, masam je muka, tertinggi je suara, merajuk juga, kadangkala macam budak kecil juga reaksinya. Masih lagi struggle untuk kawal emosi sendiri. Kan?
Daripada kita merasa geram atau marah pada anak ketika mereka merengek dan menangis, pandanglah mereka dengan belas kasihan dengan kasih sayang. Peluklah mereka.
“Anak-anak yang membesar dengan ibu bapa yang panas baran, sering dimarah dan dipukul, ditampar, dirotan, dan dicederakan akan menjadi seseorang yang tiada rasa hormat pada sesiapapun, termasuk Allah”- Dr Mohd Izhar Ariff.
Nah, bila baca, jadi terfikir, aku kena jadi ibu yang pandai kawal marah dan ada self control yang baik.
Bila ada situasi yang memang buat jadi stres, rasa nak marah walaupun cuba rasional dan jelaskan pada anak, setelah banyak baca dan try, saya buat macam ni.
1️⃣DIAM DAN BUAT DEEP BREATHING. Tak payah dah nak pujuk kalau sebelum tu, dah tak makan pujukan. Lagi trigger kita punya kemarahan bila lihat dia tak nak dengar.
Tarik nafas 5 saat, tahan nafas 5 saat , lepas nafas dengan perlahan. Deep breathing ini memang banyak bantu saya. Cuba asingkan emosi anak dari emosi kita. Lapangkan dada kita dahulu.
2️⃣TENGOK ANAK DENGAN PANDANGAN KOSONG, anak nangis ke, anak merengek tak henti. Tengok macam takde perasaan. Hahaha. Kosong.. Kosong..Banyak kali buat macam ni, untuk saya, ianya menjadi.
Kosong bermaksud buat self talk, anak bukan sengaja nak menangis, nak keruhkan keadaan, mesti ada sebab.
Bukan sengaja nak buat kita marah, ada benda dia nak beritahu ni.
3️⃣KALAU TAK BOLEH KAWAL MARAH, kalau dekat dengan anak, silalah menjauh sebentar. Saya memang lari jauh sikit. Adam kat ruang tamu menangis, saya ke dapur. Tenangkan hati. Pergilah rasionalkan diri dan iman kat dapur tu ha.
Memang kuatlah Adam nangis. Tapi itu lebih baik daripada kita terbuat atau terpukul sebab kita dah stress tengok dia nangis walaupun kita dah pujuk.
Biar anak luahkan perasaan dulu.
Lepas kita dah reda sikit gelora dalam hati, dah cool sikit, pergi balik kat anak, kalau nangis lagi, just be there, menemani mereka meluahkan perasaan, percayalah, perbuatan tu sangat bermakna bagi mereka.
Bila dah slow sikit nangis, cuba alihkan perhatian dia dengan cerita ke, toys ke.
Bila dah tenang , peluk dan kiss anak dengan penuh kasih sayang sambil cakap dalam hati, ” Terima kasih Ya Allah, kau izinkan aku jaga emosi aku dengan baik.”
Seterusnya, dah berhenti anak nangis acknowledge kekecewaan ,kemarahan dan kesedihan anak.
” Adam sedih sebab ni ye, Adam kecewa pastu rasa marah ye. Takpe takpe, ummi ada. Ummi tak bagi Adam buat benda ni sebab….”.
Ambil peluang untuk bagitahu sebab kenapa kita tak izinkan. Moga dia memahami tindakan kita.
Yusuf pun saya buat step begini.
4️⃣ Kalau dah tak boleh kawal marah dah ni, kalau suami ada ketika itu, minta suami pula handle. Begitu juga kalau suami dah nampak macam dah tak boleh kawal marah dia, kita ambil alih. Saling memahami gitu.
Kadangkala, memang kita tak boleh nak kawal suasana tu, tapi kita boleh kawal macam mana kita respon.
Fahamilah emosi muda mereka. Fahamilah keterbatasan mereka dalam mengungkap kemahuan mereka. Hadapilah dengan ilmu dan iman. Bukan dengan nafsu dan kemarahan.
Sumber: Wan Nur Syakira
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source