Apa? Ada anak Melayu terlibat semasa letupan bom atom?
Benar, beliau ialah Allahyarham Datuk Haji Abdul Razak Abdul Hamid. Beliau merupakan sebahagian daripada kumpulan 12 orang pelajar yang dipilih Jepun dari seluruh Tanah Melayu untuk dihantar untuk program pendidikan.
Dua lagi pelajar Tanah Melayu yang bersama beliau ketika itu ialah Nik Yusof Nik Ali dan Syed Omar Syed Mohammad Alsagoff. Nik Yusof berasal dari Kelantan sementara Syed Omar pula berasal dari Johor. Kedua-duanya pada ketika itu berusia 17 tahun dengan Allahyarham berusia 19 tahun.
Mereka memilih menyambung pengajian di Universiti Hiroshima dengan tempoh pengajian selama empat tahun. Tetapi semua itu berubah pada 6 Ogos 1945.
Pada pagi 6 Ogos, beliau bersama Nik Yusof dan Syed Omar sepatutnya mengikuti pengajian kelas mereka. Tetapi apabila mereka mendengar bunyi siren udara sekaligus memaksa mereka berlindung di bunker. Turut menyertai mereka pada ketika itu ialah rakan sepengajian dari Brunei, Pengiran Yusof dan seorang profesor mereka.
Pada jam 8.15 pagi, pesawat pengebom menggugurkan bom atom yang dipanggil Little Boy pada ketinggian 2,000 kaki. Sebaik itu berlaku, dalam sekelip mata, Hiroshima bertukar menjadi padang jarak padang tekukur.
Letupan ini membunuh Nik Yusof dan Syed Omar memandangkan Little Boy meletup kira-kira 1.5 km dari Universiti Hiroshima. Sementara Allahyarham Datuk Abdul Razak, Pengiran Yusof dan pensyarah mereka terselamat walaupun terperangkap dalam runtuhan bangunan yang musnah. Ajaibnya, Allahyarham Datuk Abdul Razak hanya mengalami sedikit kecederaan selepas berjaya dikeluarkan.
Walaupun masih dalam keadaan terkejut, pensyarah beliau dan Pengiran Yusof meminta mereka pulang ke asrama. Semasa perjalanan, mereka melihat ramai orang yang cedera terutama yang merangkak keluar dari bangunan.
Pada malamnya, mereka mendengar suara orang meminta tolong, mengaduh kesakitan dan meminta air. Tetapi sebaik beberapa orang penduduk yang terselamat mati selepas minum air yang diberi, sedarlah Allahyarham Datuk Abdul Razak dan Pengiran Yusof bahawa air Hiroshima terlalu beracun untuk diminum.
Menjelang pagi, skala kecederaan penduduk-penduduk Hiroshima yang terselamat amat mengejutkan. Sesetengah merasakan kulit tercabut daripada badan mereka. Ada pula yang mengalami bengkak pada bahagian muka dan kehilangan rambut yang banyak.
Bagi yang mati pula, mayat mereka rentung habis. Bagi Allahyarham Datuk Abdul Razak dan Pengiran Yusof, ia merupakan satu pemandangan yang mengerikan. Mereka kemudiannya menunggu selama 10 hari sebelum diselamatkan dan dibawa ke Jepun untuk rawatan.
Yang ajaibnya, Allahyarham Datuk Abdul Razak tak dapat penyakit-penyakit radiasi seperti kanser dan leukemia. Dalam tempoh sebulan, mereka diberi suntikan ubat bagi mengelakkan kiraan sel darah putih mereka menurun.
Setelah Perang Dunia Kedua berakhir, mereka pulang ke negeri masing-masing termasuk Allahyarham Datuk Abdul Razak.
Allahyarham Datuk Abdul Razak kemudiannya menjadi Profesor untuk pengajian Jepun sebelum dilantik sebagai ketua polisi Dasar Pandang Ke Timur oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada 1982.
Pada Februari 2013, Universiti Hiroshima menganugerahkan ijazah kehormat kepada beliau bagi menghargai jasanya mempromosikan hubungan baik Jepun-Malaysia. Beliau kembali ke rahmatullah beberapa bulan selepas itu semasa berusia 88 tahun.
Oleh: Azizul Farhan
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2023 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
___
Macam mana Amerika Syarikat boleh terpikir nak gunakan bom atom untuk tamatkan perang dengan Jepun? Selam lebih dalam bersama buku PERANG DUNIA KEDUA. Dapatkan segera! https://bit.ly/perangduniakedua
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source