Saingan di antara 16 orang finalis Dewi Remaja 2022 bertukar semakin sengit selepas memasuki episod ketiganya, Sabtu lalu.
Menerusi tema ‘Go See Designer’ yang diberikan, finalis dibahagikan kepada empat buah kumpulan terdiri daripada empat rakan sepasukan. Setiap pasukan diberikan masa terhad untuk bertemu dengan dua orang pereka fesyen popular tempatan yang telahpun dilantik sebagai panel jemputan di butik masing-masing.
Mereka terdiri daripada Ammar mewakili jenama Petra, Syomirizwa Gupta, Melinda Looi dan Kashfi Zulkufli. Lalu, impresi pandang pertama setiap peserta di mata pereka fesyen amat penting dari segi penampilan, cara pembawakan diri dan tentunya, teknik mereka memperagakan setiap busana daripada koleksi sedia ada.
Dalam episod ketiga itu, tidak semua finalis berjaya terpilih sebagai ‘muse’ yang mempunyai kelebihan diberikan busana untuk mereka gayakan di pentas peragaan atau runway. Auni, Reezlyn, Hyeley, Keeran dan Kimberly terpaksa akur dengan keputusan 4 pereka fesyen tadi yang tidak merasakan mereka bersesuaian dengan identiti jenama masing-masing.
Finalis selebihnya gah membawakan busana pereka di runway; terdiri daripada Melissa, Bee dan Dina untuk Kashfi Zulkufli; Zafira dan Janny untuk Melinda Looi; Rasyiqah, Alyssa dan Fifi untuk Syomirizwa Gupta serta Tracie, Malle dan Eiman untuk Petra RTW.
Rezeki nyata tidak menyebelahi finalis termuda bagi edisi ini iaitu Reezlyn.
Biarpun berpengalaman di pentas peragaan fesyen, tidak mudah untuk Reezlyn membawakan busana yang dipilih daripada seleksi produksi memandangkan kepanjangan yang membantutkan teknik jalannya.
Pada sesi penyingkiran bersama juri tetap, Rozita Che Wan dan juri jemputan; model antarabangsa muda yang baru sahaja pulang dari Eropah iaitu Ridzman Zidaine, Reezlyn cuba untuk mengatasi persembahannya pada cabaran maxi tadi dengan keyakinan ketika menjawab soalan yang diajukan.
“Saya sedikit struggle sewaktu catwalk. Pertama kali saya peragakan baju yang diterima tadi dan ia sedikit labuh. Saya masih mencuba yang terbaik to show off the dress,” katanya.
Apabila menjawab mengenai kelebihan fesyen di matanya, Reezlyn menyifatkan bahawa fesyen membantu meningkatkan keyakinan diri seseorang. Jikalau seseorang mempunyai pengetahuan meluas mengenai fesyen, ia adalah satu kelebihan dari segi penampilan dirinya di hadapan orang ramai.
Reezlyn tidak keseorangan apabila terdapat dua lagi finalis yang bergelut dengan cabaran episod ketiga ini.
Dari kumpulan 1, Malle sedikit kaku semasa menerima pertanyaan dari Che Ta mengenai perkataan ‘Fast Fashion’. Manakala dari kumpulan 4, Rasyiqah mengejutkan ramai pihak apabila dia sukar untuk menjawab soalan yang diajukan juga oleh Che Ta sehingga soalan perlu diulang dengar beberapa kali termasuklah dari hos sendiri, Fikry Ibrahim.
“Pada pendapat saya mengenai jenama tempatan yang mengambil inspirasi daripada rekaan jenama fesyen terkenal antarabangsa, inspirasi boleh diambil asalkan (rekaan) tidak lari daripada identiti jenama tempatan itu,” ujarnya.
Situasi ‘hot seat’ yang dihadapi Rasyiqah ini lantas membuatkan Che Ta kecewa lalu bertanyakan sekiranya finalis tersebut benar-benar mengambil pertandingan ini secara serius. “Kalau cara awak jawab seperti ini, malu tau. Malu bila seorang Dewi Remaja menjawab sebegitu rupa.”
ARTIKEL BERKAITAN : Bukan ‘Superficial’, Che Ta Jelaskan Mengapa Dewi Remaja Perlu CANTIK – REMAJA
Biarpun Rasyiqah berdepan situasi cemas itu, akhirnya, pihak juri sebulat suara menamakan Reezlyn Shafeera sebagai peserta pertama yang meninggalkan pencarian Dewi Remaja 2022.
Che Ta menasihati agar anak kelahiran Pulau Pinang itu tidak sesekali menjadikan penyingkiran ini sebagai pematah semangat untuknya menceburi bidang peragaan dan industri seni hiburan.
Tambahan pula dengan faktor usianya yang masih muda, tidak mustahil Reezlyn mampu pantas mengatasi kelemahan diri dan menempa nama di platform yang lebih besar lagi.
ALL THE BEST to our baby Dewi, Reezlyn Shafeera!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source