Siapa kata susu hanya untuk anak-anak kita yang masih kecil? Kita selalu mengabaikan pengambilan susu sedangkan susu juga teramat penting untuk orang dewasa.
Jika kanak-kanak perlukan susu untuk membesar, orang dewasa juga memerlukan susu untuk membekalkan kalsium agar tulang tidak mudah rapuh malah jadi lebih sihat dan kuat. Semua peringkat umur masih memerlukannya untuk keperluan masing-masing.
Hanya kerana melebihkan anak dalam segala aspek, kita terlupa pengambilan susu untuk diri kita sendiri. Hal sebegini sepatutnya tidak patut berlaku dan seharusnya dielakkan. Ini kerana, kesihatan ibu bapa tunjang kepada kebahagian dan kejayaan anak-anak.
Apa yang berlaku dalam masyarakat kita kini, kita makan mengikut trend. Kiosk kopi yang bertaburan membuatkan kita memilih untuk minum kopi berbanding susu yang lebih tinggi khasiatnya. Apa kata kita ubah gaya ini, bukan hanya baik untuk diri kita sendiri bahkan juga anak-anak.
Apa perlu kita lakukan?
Ubah gaya hidup minum susu
Tak perlu terikut- ikut dengan trend pemakanan semasa. Orang minum kopi, kita pun nak minum kopi. Tak perlu! Kita pilih gaya pemakanan kita sendiri dan anak-anak agar jadi lebih baik. Galakkan anak-anak yang sudah semakin membesar dan seisi keluarga untuk minum susu secara berkala setiap hari. Biar tak ikut trend, tapi kesihatan kita sekeluarga terjaga.
Ajarkan anak untuk adanya kesedaran diri yang tinggi bila minum susu. Tak perlu banyak, cukup hanya segelas susu seisi keluarga, setiap hari.
Minum susu dengan cara jimat
Jika kos susu dirasakan lebih membebankan, apa kata beli sahaja susu tepung misalnya dan bancuh sendiri untuk lebih jimat. Kemudian letakkan sahaja di dalam peti sejuk di rumah. Cara ini bukan saja menjimatkan tetapi buat anak-anak lagi teruja untuk minum susu.
Namun bukan sahaja untuk anak, pastikan juga ibu dan ayah turut serta. Bila ibu dan ayah memulakannya, anak-anak yang sudah semakin membesar pasti akan turut serta. Satu keluarga minum susu!
Ikut susu kesukaan anak-anak
Biarpun banyak susu di pasaran namun bukan semua susu jadi pilihan anak-anak. Ada diantara anak-anak kita sukakan susu dari jenama lain, begitu juga dengan anak-anak yang lain. Malah ada diantaranya yang sukakan susu berperisa. Beri anak-anak dan diri anda sendiri peluang asalkan minum susu.
Pilih susu khasiat premium
Namun dalam pemilihan jenis susu, pastikan susu pilihan anda sekeluarga mempunyai khasiat, premium dan tinggi kualitinya. Salah satu susu yang diyakini terbaik kualitinya adalah susu C2Joy. Bukan hanya susu untuk seisi keluarga bahkan khasiat utamanya yang berganda pastinya membuatkan anda tidak mampu berpaling lagi. Luar biasa khasiatnya.
Produk yang satu ini, iaitu minuman pilihan untuk imuniti tubuh, C2Joy sememangnya diyakini sejak dulu.
Produk yang ditubuhkan pada tahun 2016 oleh TDC Holdings. Sdn. Bhd yang diasaskan oleh, En Hafiz Hiew ini adalah minuman susu premium dengan campuran Susu Awal Lembu seawal 6 jam pertama (Bovine Colostrum), Susu Skim yang diimport dari New Zealand dan TruCal D7, satu formulasi yang dipatenkan dari Glanbia.
Tiga gabungan bahan mentah ini ditambah pula dengan kebaikan kolostrum yang kaya dengan Immunoglobulin terbukti mempunyai khasiat yang sangat luar biasa khususnya untuk mempertingkatkan sistem imuniti badan.
Malah minuman tambahan imuniti yang kaya dengan mineral keperluan harian ini juga paling sesuai untuk semua usia dari anak-anak hinggalah orang dewasa. Satu minuman susu untuk seisi keluarga.
Dengan kelengkapan mineral dan vitamin, susu C2Joy sudah mampu memberikan keperluan nutrisi untuk kanak-kanak, dewasa serta warga emas tanpa mengira usia dan jantina.
Lengkap dari segala segi, sudah semestinya C2Joy adalah pilihan terbaik untuk diri anda dan juga keluarga.
Untuk maklumat lanjut, layari www.tdchb.com untuk mengetahui informasi yang lebih lengkap. Begitu juga dengan promosi hebat yang boleh anda dapati di Facebook, www.facebook.com/tdcforyou serta @tdcforyou melalui Instagram.
Atau, nak lebih cepat, hubungi sahaja di talian, 011 – 1638 3118 untuk tempahan.
Pelbagaikan cara tenusu
Selain dijadikan sebagai minuman harian, apa kata anda pelbagaikan menu berasaskan susu di rumah anda setiap hari. Selain bijirin dengan susu sebagai sarapan, anda boleh mencuba dan gantikan santan dengan susu dalam masakan, manisan atau pencuci mulut seperti puding dan kuih-kuih. Sudah tentu masakan anda lebih berkrim dan yang penting lebih sihat serta lebih khasiat.
Apapun jenis susu atau tenusu yang menjadi pilihan anda sekeluarga, pastikan stok susu sentiasa tersedia setiap hari di rumah. Biar sihat seisi keluarga!
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source