Tumpuan peminat sukan negara buat masa ini tidak lain tidak bukan terarah kepada kejohanan badminton Thomas Cup dan Uber Cup yang sedang hangat dilangsungkan di Denmark sepanjang minggu ini.
Memasuki pusingan suku akhir hari ini, debaran sama ada skuad badminton lelaki Malaysia boleh melepasi halangan pasukan Indonesia terjawab sebentar tadi selepas kita tewas 0-3. Apapun, sama-samalah kita terus berikan sokongan positif kepada skuad muda ini terutamanya di media sosial.
ARTIKEL BERKAITAN : Cheam June Wei ‘Upgrade’ Dari ‘Sparring Partner LCW’ Kepada Peseorangan Kedua, Kenali Pemain Badminton 24 Tahun Ini – REMAJA
Kali ini, penulis bukanlah ingin mengulas mengenai prestasi atlet negara. Sebaliknya, penulis ingin membawa korang mengenali dengan lebih rapat lagi akan seorang insan yang penting peranannya di gelanggang Thomas Cup kali ini.
Kelibatnya yang serba berhijab sering mencuri tumpuan penonton televisyen di hampir setiap perlawanan yang dilangsungkan.
Disebabkan imej hijabnya, ramai tertanya-tanya sekiranya wanita tersebut berasal dari Malaysia. Maaflah gaiss, tapi dia bukannya dari Malaysia.
Dia dikenali sebagai Qomarul Lailiah dan merupakan seorang pengadil aka umpire dan juri servis badminton profesional dari Indonesia.
Tidak kiralah apa jua kewarganegaraannya, sewajarnya kita berbangga apabila dia dengan bangganya mewakili golongan berhijab dan juga masyarakat di rantau Nusantera di pentas dunia.
Ini bukanlah kali pertama kelibat Qomarul Lailiah yang mesra disapa dengan panggilan Lia dilihat di kaca televisyen. Hakikatnya, Lia telah berkhidmat sebagai pengadil badminton dan juri servis seawal tahun 2017 lagi semasa kejohanan Piala Sudirman dilangsungkan di Gold Coast, Australia.
Tumpuan ekstra yang diberikan kepada Lia kerana penampilannya langsung tidak menganggu tumpuannya terhadap tugas hakiki di gelanggang badminton. Tegas, fokus dan saksama, itulah kualiti yang penulis lihat tidak berubah pada diri Lia sejak 4 tahun lalu.
Menariknya, ini bukanlah kerjaya utama Lia tau!
Semasa tidak terikat dengan mana-mana kejohanan badminton, Lia sebenarnya merupakan seorang guru Bahasa Inggeris di sebuah sekolah dekat Surabaya Indonesia.
Haa, bagaimana Lia mendapatkan peluang untuk menjadi pengadil dan juri servis badminton?
Untuk memegang dua tugasan itu, Lia memerlukan sijil kelayakan daripada Badminton World Federation (BWF). Selepas bertugas di enam buah pertandingan antarabangsa, akhirnya dia lulus dan secara rasminya memiliki lesen BWF Certificated Umpires.
Selain kejohanan Thomas Cup dan Uber Cup, Lia baru-baru ini telah bertugas di Sukan Olimpik Tokyo 2020. Di sana, dia tidak keseorangan apabila seorang lagi guru dari Indonesia yang dikenali sebagai Wahyana turut bertugas sebagai seorang pengadil badminton.
Berita mengenai penglibatan dua orang guru ini di Tokyo 2020 telah mendapat perhatian luar biasa daripada rakyat Indonesia. Malah, Menteri Pendidikan,Kebudayaan, Riset & Teknologi RI Indonesia turut tumpang berbangga melihat figura guru Indonesia kini semakin dihormati dek kerana pencapaian Lia serta Wahyana di luar kompaun sekolah.
Selama bertugas dengan BWF, Lia yang kini berusia 44 tahun mengakui layanan yang diterima daripada pertubuhan badminton itu amatlah baik. Dia merasakan dirinya sentiasa dihormati; bukan saja sebagai seorang hijabi tetapi lebih penting sebagai sebagai seorang muslimah. Contoh seperti dalam soal makanan Halal dan tidak beralkohol yang disediakan khusus untuknya. Jika kebetulan dia bertugas semasa bulan Ramadan, rakan sekerja di BWF pasti akan memeriksa keadaan Lia untuk memastikan dia masih bertenaga.
Besar harapan Lia untuk melihat toleransi agama dan budaya wujud dalam semua bidang sukan; bukan hanya dalam sukan badminton. Dan tentu sekali, dia berharap agar lebih ramai hijabi di seluruh dunia yang yakin mengejar kerjaya di luar kebiasaan seperti yang dilakukan olehnya sekarang.
BACA LAGI : Hampir ‘Terpesong Imej’ – Model Hijabi, Halima Aden Nekad Tinggalkan Fesyen Demi Islam? – REMAJA
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source