Olimpik Munich 1972 menyaksikan berlaku pembunuhan 11 orang atlet Israel.
Operasi Munich merupakan tindakan protes terhadap pengecualian Palestin dari menyertai Sukan Olimpik, tapi kenapa hanya atlet Israel sahaja yang jadi sasaran Black September?
Ia sebenarnya bertujuan untuk alih perhatian dunia terhadap perjuangan rakyat Palestin tentang isu orang Palestin yang ditahan tanpa keadilan di dalam negara Israel.
Operasi Munich yang dilancarkan Black September dikatakan tak bertujuan untuk bunuh pun sebaliknya untuk ambil tebusan supaya mereka boleh tuntut pertukaran tahanan masing-masing.
Malangnya, operasi ni gagal berjalan seperti yang dirancang.
Ali Hassan Salameh bangkit menduduki kerusi barisan kepimpinan Parti FATAH pada tahun 1960-an dan 1970-an untuk jadi salah seorang yang paling dipercayai oleh Arafat.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2023 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
Beliau mengasaskan kumpulan bersenjata Black September yang membunuh 11 orang atlet Israel di Sukan Olimpik Munich pada tahun 1972.
Kumpulan Black September bunuh dua atlet Israel di Olympic Village dan culik sembilan lagi yang lain. Mereka tuntut pembebasan tahanan Palestin di Israel dan rancang untuk tinggalkan Jerman dengan tebusan yang mereka tuntut dibebaskan.
Perdana Menteri Israel Golda Meir takkan berunding dengan orang Palestin, beliau lepas tangan dan serahkan semuanya kepada pihak berkuasa Jerman yang takde pengalaman.
Pihak berkuasa Jerman letakkan helikopter di pangkalan udara tentera untuk penuhi tuntutan Black September tetapi dalam diam merancang untuk menggagalkan cubaan melarikan diri oleh kumpulan itu.
Penembak tepat Jerman bunuh kesemua anggota Black September kecuali dua orang lagi yang kemudiannya bertindak bunuh kesemua sembilan orang tebusan Israel yang berada di dalam helikopter dengan bom tangan dan mesingan.
Selepas peristiwa itu, media Barat dan Israel mendakwa Ali Hassan Salameh sebagai dalang Operasi Munich.
Sebagai seorang pemimpin Black September, Ali Salameh bantu gerakan itu melalui cara yang berbeza, seperti menyediakan latihan, tetapi bukan beliau jadi pemimpin tertinggi, beliau tak merancang operasi Munich.
Operasi Munich meletakkan kedudukan Ali Hassan Salameh di tangga teratas senarai orang paling dikehendaki oleh agensi perisikan Israel, Mossad.
Mossad lancarkan misi yang bersiri dalam usaha membalas dendam terhadap PLO, termasuk serangan terhadap kepimpinannya di Lubnan.
Tapi diorang berterusan gagal untuk menghampiri Yaser Arafat, apatah lagi nak bunuh Ali Hassan Salameh yang licik tu.
Oleh: Azizul Farhan
___
Kalau bukan sebab British, boleh jadi Palestin masih di tangan umat Islam. Kita kena tahu agenda dan kepentingan barat dengan mengenali sejarah mereka dalam KITAB TAMADUN EROPAH. Klik https://bit.ly/kitabtamaduneropah atau https://thepatriots.store/kte/
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source