Melihat laut adalah terapi jika anda sedang mengalami tekanan atau terlampau penat. Pemandangan pesisir pantai yang indah mampu meredakan ketegangan minda selepas seharian bekerja.
Ini cadangan pantai best korang boleh singgah untuk bersantai atau berlibur:
Paling popular di Pulau Langkawi, pantai ini terletak hampir setengah jam perjalanan dari pekan Kuah. Panorama pantai ini cukup indah terutamanya pada waktu matahari terbenam. Jelas kelihatan pulau Rebak berbalam-balam disimbah mentari petang. Pelbagai aktiviti boleh dilakukan di sini seperti bermain jet ski, berkayak, menaiki banana boat, mencuba parasailing atau bermandi peluh dengan sukan bola tampar pantai. Pantai yang putih sepanjang dua kilometer dan landai ini membuatkan ia sangat sesuai untuk aktiviti mandi-manda. Segala-gala ada di pantai ini. Buat mereka yang gemar berparti deretan bar terdapat di sepanjang pantai ini. Ada restoran lima bintang hingga ke gerai kecil untuk semua pelancong menjamu selera.
Pantai ini cukup popular di kalangan warga Kuala Lumpur dan Selangor kerana jaraknya yang agak dekat. Terdapat beberapa pantai yang popular di sini seperti Pantai Teluk Kemang dan Blue Lagoon yang terletak arah selatan dari bandar Port Dickson. Terdapat deretan hotel di sepanjang 18km pantai Port Dickson, dari hotel lima bintang hingga ke hotel bajet. Pelbagai restoran dan gerai yang menjual makanan dan minuman pada harga yang berpatutan. Banyak aktiviti yang boleh dilakukan di sini selain daripada mandi laut seperti menunggang jetski, menaiki banana boat atau pun mencuba sukan parasailing. Lautan manusia di pantai Port Dickson setiap hujung minggu menunjukkan ia merupakan pantai pilihan di kalangan pelancong domestik dan antarabangsa.
Terletak di antara Tanjung Bungah dan Teluk Bahang, pantai ini cukup popular di Pulau Pinang. Deretan hotel-hotel mewah serta kondominum menghiasi sepanjang jalan. Terkenal kerana pantainya yang putih dan bersih, anda boleh memilih untuk menginap samaada di hotel mewah, sederhana atau murah yang banyak di sini. Pelbagai restoran dan kedai makan terutamanya makanan laut menunggu kunjungan anda. Di sepanjang jalan dari Hotel Shangri-la Rasa Sayang hingga ke Hotel Hard Rock Penang terdapat deretan gerai menjual pelbagai barangan dan cenderamata. Penat dengan aktiviti pantai, singgahlah di spa untuk memanjakan diri anda. Sambil menyaksikan keindahan panorama pantai, anda boleh cuba laksa Pulau Pinang. Jangan lupa untuk memesan rojak buah dan air kelapa muda. Pasti percutian anda menjadi memori terindah di Batu Ferringhi
Pantai yang menghadap Laut China Selatan ini kini semakin menjadi tumpuan orang ramai. Selain terkenal dengan panoramanya yang indah, kini ia menjadi tarikan buat para peluncur air. Ombak laut China Selatan yang ditakuti dahulu kini menjadi mainan bagi para peluncur ombak. Hembusan bayu laut China Selatan menyejukkan suasana, begitu romantis percutian di sini. Sangat sesuai buat mereka yang ingin berbulan madu atau untuk melarikan diri dari kesibukan kota metropolitan. Deretan hotel, kedai makan dan minuman serta pusat hiburan terdapat di sini. Jika ingin lihat matahari terbit, pantai ini adalah lokasi terbaik. Saksikan keindahan ciptaan Tuhan seawal pagi sambil minum secangkir kopi di balkoni bilik anda. Pantai ini juga bersih tanpa sebarang kotoran dan ombaknya tidak kuat jika bukan musim monsoon.
Merupakan kawasan pesisiran pantai di Johor, dua kilometer dari Bandar Penawar. Pantainya putih dan bersih. Pelbagai aktiviti pantai boleh dilakukan di sini untuk seisi keluarga yang ingin lari dari kesibukan kotaraya. Setiap minggu kelihatan ribuan warga Singapura menjadikan destinasi ini sebagai tempat riadah hujung minggu mereka. Terdapat hampur dua belas tempat peranginan yang menawarkan kira-kira 5000 bilik daripada pusat peranginan terkemuka hingga hotel bajet yang mesra keluarga.
Ia juga kian menjadi tempat pilihan peluncur ombak semasa musim monsoon Laut China Selatan. Aset utamanya tentulah pantai yang bersih sepanjang 25 kilometer sesuai untuk sebarang aktiviti rekreasi air dan sukan pantai.
Kalau ingin memilih pantai sebagai tempat bercuti atau berkelah, sudah pastilah bahagian pantai timur Semenanjung Malaysia menjadi pilihan terbaik. Sama ada pesisiran pantai ataupun gugusan pulau-pulaunya, Pantai Batu Buruk yang terletak di Terengganu diberkati dengan jajaran pantai yang amat indah. Pasir halus memutih pantai, angin sepoi-sepoi bahasa, air laut jernih berkaca. Suasana tenang dan mendamaikan ciptaan Tuhan ini sesungguhnya memberikan ketenangan yang hakiki kepada pengunjung.
Bagi warga kota tidak perlu pergi jauh jika ingin bermain air di gigi pantai, sebaliknya hanya perlu memandu ke Sepang untuk menikmati keindahan Pantai Bagan Lalalng. Untuk sampai ke Bagan Lalang dari Kuala Lumpur cuma mengambil masa kira-kira sejam melalui Lebuh Raya Persekutuan kemudian ke Nilai dan terus ke Bagan Lalang, Sepang. Kerana faktor jarak yang dekat itu mengapa tidak membawa keluarga anda berkunjung ke Bagan Lalang dekat Sepang untuk berehat. Selain itu anda akan dapat menambah pengalaman melihat kehidupan masyarakat nelayan di kawasan pantai ini. Pengunjung juga boleh memancing dan menikmati pelbagai makanan laut di gerai-gerai berhampiran. Di samping itu kemudahan rekreasi turut disediakan seperti volley ball pantai, sukan rakyat pantai, memancing di kelong, sungai, bot, dan kemudahan surau.
Jika Sabah menjadi destinasi pilihan anda untuk bercuti di pantai, Tanjung Aru antara lokasi yang dicadangkan untuk anda menghabiskan masa bersama yang tersayang. Pemandangan paling sesuai untuk anda melafazkan kata-kata indah buat si dia ialah sewaktu matahari terbenam. Suasana romantik yang disimbahi dengan cahaya kemerahan yang asli disekeliling anda dan pasangan pasti tidak dapat dilupakan. Jangan lupa untuk mengabadikan gambar kenangan anda berdua di sini. Di sekitar ini juga terdapat banyak pilihan kedai-kedai makan. Makanan laut, sate, jagung manis, kacang rebus dan nasi goreng menjadi pilihan ramai pengunjung sehingga larut malam. Selain rasanya yang sedap, harganya juga sangat murah.
Untuk merehatkan fikiran, lokasi percutian yang menarik dan menyajikan panorama indah pastinya menjadi pilihan. Selalunya percutian di pantai menjadi pilihan ramai kerana suasana persekitarannya yang tenang sambil mendengar alunan bunyi ombak yang damai.
Jika anda berkesempatan singgah di Melaka Bandaraya Bersejarah, jangan lepaskan peluang singgah di Pantai Tanjung Bidara yang terletak di daerah Alor Gajah. Terletak lebih kurang 70 km dari Masjid Tanah, Pantai Tanjung Bidara turut dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti tempat letak kereta, padang permainan kanak-kanak, surau, medan selera, tandas awam dan bilik mandi untuk keselesaan para pengunjungnya.
Bagi yang gemar memancing pula, Pantai Tanjung Bidara tetap menjadi destinasi tumpuan memancing pesisir pantai dengan habuan seperti ikan gelama, siakap, kerapu, jenahak dan pari.
Walaupun usia kewujudan kawasan Pantai Tanjung Bidara dipercayai sama dengan zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka dan berusia lebih 500 tahun, persekitaran kawasan di sini masih tetap terpelihara. Malah, jika dulu ia terkenal sebagai kawasan yang digeruni lanun dan perompak, kini Tanjung Bidara menjadi lokasi percutian menarik di Melaka.
Pantai Irama yang terletak di Bachok, Kelantan, merupakan destinasi pilihan orang ramai untuk berkelah dan bersantai kerana lokasinya yang strategik selain keindahan alam semula jadinya yang masih cantik.
Keindahan kawasan pantai ini menjadi mercu tanda kepada jajahan ini dalam agro pelancongan berikutan usaha yang dilakukan oleh pelbagai pihak. Pantai Irama yang menghadap Laut China Selatan sentiasa mendapat kunjungan ramai pelancong tempatan dan luar negara terutama pada hujung minggu.
Malah, ia dijadikan sebagai lokasi tetap mengadakan pesta dan pelbagai acara keramaian. Pantai Irama menjadi lokasi tumpuan setiap tahun untuk Pesta Wau Antarabangsa Kelantan. Pesta ini mendapat sambutan bukan sahaja daripada penduduk dan pelancong tempatan tetapi daripada pelbagai pihak termasuk peserta luar negara dari Indonesia dan Thailand.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source