Saudara-saudaraku di Gaza dan Tebing Barat, teruslah berjuang sampai ke titisan darah yang terakhir. Untukmu pejuang Palestin, sudah dipersiapkan syurga tertinggi dan bidadari tercantik.
Tahukah anda, siapa bidadari paling cantik?
Ainul Mardhiah nama diberi. Dialah bidadari tercantik yang menghuni syurga nan tinggi. Kisahnya telah direkodkan dalam sebuah hadis riwayat Imam Tirmidzi.
Pada suatu bulan Ramadan, Nabi Muhammad SAW memberi motivasi kepada umatnya untuk berjihad. Baginda bersabda: “Sesungguhnya orang yang mati syahid karena berjihad di jalan Allah, maka Allah akan menganugerahkannya Ainul Mardhiah, bidadari paling cantik di surga.“
Ada seorang anak muda yang jadi bersemangat bila mendengar tentang Ainul Mardhiah. Sahabat itu teringin untuk mengenali secantik apakah rupa paras bidadari itu.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2023 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
Menjelang tengahhari, semua sahabat tidur qailulah. Mereka perlu mengumpul tenaga untuk menghadapi peperangan. Anak muda tadi ikut tidur bersama.
Ketika inilah dia bermimpi memasuki sebuah tempat yang sangat indah. Sahabat ini juga menemui seorang perempuan dengan kecantikan yang tidak pernah disaksikannya. Cantiknya tiada tandingan di dunia.
“Di manakah ini?”
“Inilah surga.”
“Adakah kamu yang dipanggil Ainul Mardhiah?”
“Bukan, saya bukan Ainul Mardhiah. Kalau kamu ingin bertemu dengan Ainul Mardhiah, dia sedang berada di bawah pohon yang redup itu.”
Sahabat tadi menjumpai di bawah pokok yang dimaksudkan, ada seorang bidadari yang lebih cantik.
“Apakah kamu Ainul Mardhiah?”
“Bukan, saya ini penjaganya. Kalau kamu ingin bertemunya, di sana ada singgahsananya.”
Sahabat ini menjumpai pula bidadari yang lagi cantik. Ia sedang mengelap-ngelap perhiasan singgahsana.
“Apakah kamu Ainul Mardhiah?”
“Bukan, saya bukan Ainul Mardhiah. Saya penjaganya di mahligai ini. Jika kamu ingin menemuinya, temuilah ia di mahligai itu.”
Pemuda tadi pun berjalan menuju ke mahligai yang ditunjukkan. Di sana, jantungnya berdebar-debar kencang apabila memandang satu bidadari yang berlipat kali ganda lebih cantik daripada bidadari-bidadari sebelumnya. Kecantikannya tidak mampu digambarkan dengan perkataan.
“Apakah kamu Ainul Mardhiah?”
“Ya, benar saya Ainul Mardhiah.”
Pemuda itu cuba mendekatinya, namun Ainul Mardhiah menolak.
“Kamu tidak mati syahid.”
Sekelip mata itu juga, pemuda tadi terjaga daripada mimpi. Dia menceritakan apa yang dilihat kepada seorang kawannya. Pasukan kaum muslimin pun bergerak ke medan perang.
Dalam peperangan itu, sahabat yang bermimpikan Ainul Mardhiah tidak sabar untuk mendapatkan ganjaran mati syahid. Dia sangat merindui bidadari syurga yang tercantik itu. Dengan izin Allah, dia menemui ajal dalam pertempuran setelah berjuang sepenuh hati.
Pada petang hari, kawan yang mendengar apa yang diceritakan oelh sahabat tadi, mencerikan pula kepada Rasulullah SAW. Baginda bersabda: “Sekarang dia sedang bahagia dengan Ainul Mardhiah.“
Begitulah juga situasi di Baitulmuqaddis sekarang. Bagi para pejuang Palestin yang telah terkorban, mereka sedang bersenang-lenang dengan bidadari secantik Ainul Mardhiah. Mereka tidak mati sia-sia, tetapi diberi ganjaran terbaik iaitu syurga tertinggi dan bidadari yang paling cantik.
Oleh: Zaki Sapuan al-Hafiz
…
Perjuangan rakyat Palestin merupakan sebuah perlawanan baik versus jahat. Bayangkan plot sebegini dalam DENDAM BAKAR. Klik: https://bit.ly/DendamBakarWebstore
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source