Anak-anak memang suka minum manis, kalau diminta untuk minum air kosong memang jenuh nak suruh. Tapi tak dinafikan ramai ibu bapa hari ini sudah peka dengan keadaan tersebut menjadikan anak-anak suka minum air kosong.
Mungkin masih ada yang tidak tahu bahawa air manis yang diambil oleh kanak-kanak boleh menyebabkan anak menjadi seorang yang cerewet dan memilih makanan. Seperti yang diceritakan oleh Pakar Pemakanan, Puan Fizah Sobri di Facebook Happy Baby Foods Malaysia.
Menurut pakar ini, air manis yang diambil oleh anak-anak boleh menjadi penyebab si kecil kurang berat badan. Selain itu juga pengambilan air manis yang kerap juga boleh membuatkan anak kekurangan nutrisi untuk tumbesaran mereka.
ANAK MINUM TEH O BOLEH JADI KURANG BERAT
Satu kes kanak kanak dirujuk kepada saya sebab kurang berat sehingga sudah sentuh ke garisan merah.
Si abg usia 5 tahun tapi berat baru 10kg
Kerap selsema, demam dan batuk.
Boleh dikatakan sekali sebulan mesti ada.
Ibu suri rumah jaga dua orang anaknya, tidak hantar ke taska,maka semua makanan anak anak akan disediakan di rumah
‘Tak tahula Puan, macam macam saya dah kenalkan, macam macam resipi saya dah buat tapi last makan 2 -3 suap je’
” Takpe meh kita tengok apa kemungkinan puncanya”
Sambil sedang korek sejarah diet anak..tiba tiba si abg merengek nak balik
Bad mood terpaksa bangun awal ke klinik jumpa doktor.
Ibunya taknak bagi anaknya merengek keluarkan satu botol susu dari beg kartun abgnya dan bagi abg untuk minum
Bulat mata saya pandang..bukan sebab 5 tahun masih minum dalam botol susu tapi apa yang terkandung dalam botol susu tersebut
Penuh air teh O…size 10oz penuh sampai atas dengan air tersebut.
‘Puan selalu bagi air teh O ke anak?’
” Tak jugak, kadang kadang saya selang seli dengan air sirap, air ribena, atau air glukos..risau kalau saya tak bagi air berperisa lagi tak naik berat badan anak. Dia dah tak minat susu”
Salah satu punca anak boleh memilih makan atau makan ikut mood adalah sebab AIR MANIS
Mengapa air manis boleh menjadi pencetus picky eater dan berat anak sukar untuk naik?
No.1 Kandungan zat sangat kurang
Air manis hanya gula semata mata. Maka kalori yang datang dari sumber gula sahaja tiada zat lain.
Jika banding sengan satu hidangan susu full cream (1 cawan 240ml) dan Teh O, kalori dalam satu cawan susu 2 kali GANDA lebih tinggi.. 120kcal vs 60kcal.
Bukan tu je…dalam susu ada lagi pertambahan protein, zat lain seperti kalsium, zat besi yang penting untuk pertumbuhan anak banding dengan teh O yang hanya ada gula.
No 2. Menggalakkan anak suka rasa manis
Kerap pengambilan air manis akan membuat anak biasa dengan rasa manis maka makanan lain yang tidak manis akan ditolak tepi seperti nasi, pasta, roti, sayur semua akan ditolak tepi sebab tak rasa manis macam air nya. Secara tak langsung kita train anak makan minum manis sahaja…kalau makanan sihat dah tolak tepi macam mana nak naik berat?
No 3. Mengandungi bahan yang halang zat penting diserap
Kopi o, teh o mengandungi kafein yang boleh menghalang zat besi diserap masuk dan akhirnya jadi iron deficiency anemia. Kekurangan zat besi ini boleh menyebabkan anak kurang selera makan, dan akibat kurang Hemoglobin boleh juga dan zat lain sebab tak makan sihat boleh membuat anak senang sakit
Maka mak ayah perlu elak sebolehnya dari pemberian air manis kepada anak dalam bentuk botol atau botal air di mana anak boleh minum tanpa had.
Had kan pemberian air dan makanan manis..jika nak beri bagi dalam bentuk semulajadi seperti buah buahan, fresh fruit juice, ais krim buah dan yoghurt, pudding/jelly/agar agar buah.
Bukan sahaja dapat membantu naikkan selera anak makan tapi pada masa sama memberi zat yang diperlukan untuk pertumbuhan dan kekuatan immuniti badan.
Untuk pelbagai resipi sihat mak ayah boleh join group Happy Baby Foods Malaysia di mana resipi yang diberi kepada anak anak adalah dari bahan natural dan bebas gula serta garam tapi sedaaaaapppp..
Sekian
Dietitian Fizah Sobri
Your friendly neighbourhood dietitian
Sumber: Fizah Sobri
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source