Berurut ketika hamil apakah ia selamat untuk dilakukan. Mungkin ada dikalangan ibu hamil risau dan bimbang urutan boleh memudaratkan ibu dan juga bayi dalam kandungan. Untuk menjawab persoalan tersebut, ikuti penjelasan daripada Dr Zubaidi Hj Ahmad mengenai kebaikan dan juga risiko untuk ibu hamil berurut.
BERURUT KETIKA HAMIL
Rawatan urutan memberikan faedah kepada wanita hamil. Namun begitu ramai doktor yang agak berat memberikan galakan pada wanita hamil untuk berurut kerana rawatan ini bukan sahaja mendatangkan manfaat, tetapi juga boleh mendatangkan mudarat bergantung kepada cara dan latihan yang ada pada si pengurut.
Tidak semua pengurut mahir dalam bidang yang mereka lakukan. Ada di antara mereka yang langsung tidak ada pengetahuan dan berlagak seolah-olah tahu. Ada pula yang mengurut hanya berdasarkan pengalaman dan cuba-cuba. Sudah tentu ini akan membahayakan ibu dan bayi dalam rahem.
Urutan tidak digalakkan di awal kehamilan, iaitu apabila usia kehamilan kurang dari 12 minggu kerana ia boleh mendatangkan risiko keguguran. Lagi pun tidak banyak manfaat diperolehi untuk mereka berurut.
Urutan yang baik dapat merehatkan otot dan melancarkan peredaran darah dan cairan limfatik. Apabila otot dan darah tidak beredar lancar dalam darah, ini boleh menyebabkan pembentukan darah beku pada otot peha dan betis.
Oleh itu, pengurut yang baik tidak akan mengurut terlalu kuat di bahagian otot peha dan betis, bimbang darah beku yang telah pun terbentuk di situ akan tertanggal (dislodge) dan memasuki saluran darah. Serpihan darah beku ini akan membentuk thrombus dan boleh menyebabkan stroke.
Urutan bahagian tubuh lain kecuali Abdomen
Selain itu, urutan dibenarkan di bahagian tubuh yang lain kecuali abdomen. Namun ada juga pengurut yang melakukan urutan di bahagian ini, tetapi saya menasihatkan agar urutan pada abdomen walaupun ringan namun lebih baik ditinggalkan. Ini kerana urutan pada abdomen boleh merangsang rahem untuk mengecut dan menyebabkan keguguran.
Urutan pada wanita hamil boleh digunakan pelbagai teknik. Urutan ini haruslah urutan yang bersifat ringan walaupun menekan ke dalam otot menggunakan teknik ‘deep-tissue massage’.
Kesalahan yang dilakukan oleh pengurut yang tidak bertauliah ialah mereka menggunakan hujung kuku untuk menekan ke dalam otot menyebabkan rasa sakit dan meninggalkan bekas pada badan. Cara ini tidak memberikan manfaat. Malah mendatangkan kemudaratan.
Selain itu pengurut harus berhati-hati ketika mengurut wanita hamil kerana terdapat bahagian-bahagian yang sensitif yang harus dielakkan ketika mengurut.
Selain abdomen, bahagian yang sensitif ialah bahagian pergelangan kaki (ankle) dan pergelangan tangan (wrist). Urutan di bahagian ini akan merangsangkan otot-otot pada bahagian abdomen dan pelvik terutama otot rahem untuk mengecut dan menyebabkan keguguran.
Oleh itu jika mengalami rasa sakit di bahagian abdomen ketika sedang berurut seolah-olah mahu melahirkan (Braxton-Hicks contraction), segeralah memberitahu pengurut agar urutan dapat dihentikan dan segera berkonsultasi dengan doktor yang merawat.
Apakah manfaat yang diperolehi ketika berurut?
Wanita hamil sering mengalami kelenguhan badan akibat perubahan hormon yang mereka alami. Rawatan urutan untuk mereka akan memberikan banyak manfaat apabila mereka berurut sebanyak dua kali setiap minggu selama lima minggu.
Kebaikan Berurut untuk ibu hamil
Urutan akan mengurangkan kepekatan norepinephrine dan cortisol yang menyebabkan tubuh rasa stress. Stress akan mengakibatkan wanita hamil mudah berasa penat dan tidak bertenaga. Ia juga akan menjadikan mereka cepat marah, berputus asa dan rasa tertekan.
Urutan juga akan meningkatkan kepekatan hormon yang dopamine dan serotonin yang akan menyebabkan tubuh berasa tenang dan bersemangat. Hormone ini juga akan mengurangkan masalah dan komplikasi ketika proses melahirkan bayi.
Urutan akan mengurangkan kesakitan dan memperbaiki sistem imuniti melawan jangkitan kuman dan virus. Urutan juga boleh mengurangkan bengkak pada sendi dan tubuh. Selain itu berurut dapat membuatkan mereka dapat tidur dengan lebih nyenyak.
Ramai wanita hamil yang mengadu sakit pinggang terutama di peringkat akhir kehamilan. Adakalanya sakit yang dialami melarat hingga ke peha akibat saraf pada pelvis ditekan oleh rahem yang membesar. Berurut membantu mengurangkan kesakitan pada pinggang belakang tanpa memakan ubat penahan sakit.
Urutan yang baik akan memakan masa sekurang-kurangnya sejam. Pengurut akan menggunakan katil urutan biasa dan meletakkan sebiji bantal yang sesuai untuk menyokong abdomen wanita yang baring dalam kedudukan mengiring.
Ramai doktor yang berpendapat bahawa menggunakan katil khas yang mempunyai lubang di tengah-tengahnya untuk memuatkan abdomen yang membesar bukanlah cara terbaik.
Abdomen akan berkeadaan seolah-olah tergantung dan menyebabkan ligamen yang menyokong rahem akan menjadi tegang dan akan mengganggu bayi yang berada dalam rahem.
Sungguh pun berurut adalah satu cara rawatan yang memberi manfaat kepada wanita hamil, namun tidak semua wanita selamat untuk berurut.
Antara wanita hamil yang tidak digalakkan berurut ketika hamil ialah:
- Kehamilan bersama penyakit hypertension dan Preecclampsia
2. Pernah mengalami kelahiran pramatang
3. Pernah keguguran (miscarriage)
4. Kehamilan kurang dari 12 minggu
Oleh itu berhati-hatilah ketika berurut kerana wanita yang hamil mempunyai keadaan fisiologi yang tidak sama dengan wanita yang tidak hamil.
Saya mencadangkan mereka memberitahu pengurut bahawa mereka sedang hamil dan perlu lebih berhati-hati. Ini bertujuan untuk mengelakkan risiko yang mungkin dihadapi.
Berurutlah dengan pengurut yang bertauliah dan berpengalaman agar mendapat manfaat dan memperbaiki kesihatan secara keseluruhannya.
Sumber: Dr Zubaidi Hj Ahmad
EPISOD 7 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANINA: ANAK ENSIKLOPEDIA
Anak-anak zaman sekarang lebih advance dan suka mempelajari benda baru. Dengan teknologi terkini, anak-anak banyak belajar dari program TV dan internet. Ibu bapa perlu menjadi kreatif untuk bercerita pada anak-anak namun pastikan anda memantau setiap yang mereka pelajari.
Saksikan Episod ke 7, Pa&Ma Journey Bersama JoviaNina pada 7 Oktober 2020, jam 9 malam hanya di Astro Ria saluran 104/124.
Nak macam-macam info? Join channel Telegram Pa&Ma D Parents
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source