Korang mesti dah selalu dengar cerita kemunculan semula Mat Kilau dan tak lama lepastu beliau meninggal dunia.
Korang kalau google mesti jumpa gambar ni.
Tertanya-tanya betul ke beliau ni Dato’ Bahaman?
Dato Bahaman ialah anak kepada pasangan Tuanku Imam Nuh dan Rokiah Abdul Rahman, anak perempuan Tok Setia Perkasa Semantan.
Beliau merupakan seorang yang pandai bersilat dan dikhabarkan melalui sumber lisan mempunyai ilmu kebal, kelebihan ini telah menyebabkan Bahaman digelarkan sebagai ‘Seman Tahan’ oleh penduduk di sekitar kawasan itu sehingga sungai yang tidak bernama ketika itu diberi nama Sungai Seman Tahan dan seterusnya menjadi tempat persinggahan British.
Dato’ Bahaman pernah jadi anak angkat kepada Bendahara Ali dan jadi rakan sepermainan kepada Sultan Ahmad ketika mudanya.
Apabila Sultan Ahmad naik takhta, Dato’ Bahaman terus menabur bakti kepada tanah airnya. Beliau bertanggungjawab dalam menjaga keselamatan Sultan Ahmad.
Hubungan diorang sangat rapat pada ketika itu. Beliau diangkat sebagai salah seorang Orang Besar Berlapan dan dianugerahkan dengan gelaran Dato’ Setia Perkasa Pahlawan Semantan kerana beliau telah menunjukkan sikap serta kebolehannya sebagai panglima dalam perang saudara antara Sultan Ahmad dan adinda baginda Wan Mutahir serta memimpin pasukan Pahang untuk membantu Tengku Kudin dalam perang Saudara di Klang, Selangor.
Selepas kematian Orang Kaya Indera Segara, Dato’ Bahaman dilantik oleh Sultan Ahmad sebagai Orang Kaya Temerloh.
Dengan pangkat tersebut, kedudukan Dato’ Bahaman adalah sedarjat dengan Orang Besar Berempat dan seringkali diajak berunding oleh baginda Sultan Ahmad.
Sehinggalah berlakunya Perang Semantan yang kita dah tahu bagaimana pengakhirannya.
Memandangkan keadaan tak selamat, Dato’ Bahaman dan pengikutnya ambil keputusan pergi ke Siam.
Sebelum itu satu sumpah dilakukan di Kg. Bukit Haji Pak Jedih, Tanah Merah, dimana para pejuang bersumpah menggunakan nama lain dan tak akan mendedahkan siapa diri mereka sebenarnya.
Pada tahun 1911, Dato’ Bahaman kembali ke Kelantan manakala Mat Lela pergi ke Indonesia, sementara 2 orang pejuang lagi telah meninggal dunia di Patani, Siam.
Pada tahun 1920, Dato’ Bahaman balik ke Kuantan dan tinggal di Kg. Paya Lalang (Padang Lalang) dengan memakai nama Lebai Deraman.
Pada tahun 1926, Dato’ Bahaman berpindah ke Kg. Peramu dan dikenali sebagai Tok Guru Peramu.
Mat Kilau pula dikatakan berpindah ke Kg Aur Rompin, Tanjung Medang, Kg. pasir Panjang, Kg. Batu Tering Pekan, Kg. Batu Lima Jalan Gambang.
Mamat Kelubi dan Panglima Hitam tidak diketahui kisahnya. Dato’ Bahaman tinggal di Kg. Peramu sehingga kematiannya.
Sejak penyerahan diri Dato’ Bahaman kepada Siam pada 1896 itu, nama Datuk Bahaman telah tenggelam dari perhatian rakyat.
Setelah 75 tahun berlalu, dalam bulan Disember 1969, negara dikejutkan oleh pengakuan seorang lelaki tua di Pulau Tawar, bahawa beliau adalah Mat Kilau.
Tak lama lepas kemunculan Mat Kilau, nama Tok Guru Peramu dikaitkan pula dengan nama Dato’ Bahaman.
Tok Guru Peramu merupakan seorang lelaki tua misteri yang muncul di Kampung Peramu Kuantan, selepas kemunculan pahlawan Mat Kilau pada penghujung tahun 1969.
Asal usul Tok Guru Peramu tidak diketahui dan kerana itulah dia digelar Tok Guru Peramu kerana beliau menjadi guru Al-Quran di kampung itu.
Beliau dapat perhatian masyarakat kerana mengetahui kisah-kisah perperangan tersebut secara detail.
Walaupun beliau didakwa sebagai Dato’ Bahaman, namun Tok Guru Peramu enggan membuat pengakuan secara rasmi sebagaimana yang dilakukan oleh pahlawan Mat Kilau.
Perkara tersebut telah menjejaskan usaha pelbagai pihak seperti ahli sejarah dan kerajaan negeri Pahang untuk mengiktiraf beliau sebagai pahlawan Dato’ Bahaman.
Tok Guru Peramu akhirnya meninggal dunia pada 23 Julai 1977 tanpa sebarang pengesahan rasmi oleh kerajaan negeri Pahang.
Dah bersepah orang cakap Hummus tu pencetus keganasan. Jadi kami nak tunjuk bukti yang melawan penjajahan bukannya menjadi sebuah kesalahan.
Selam pengalaman Komander VAT69 menentang komunis bersama buku biografinya PERTEMPURAN DI HUTAN. Dapatkan Segera!
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source