Perasan tak, gambar dibawah ni ialah gambar demonstrasi pro-Palestin di Israel yang gunakan simbol tembikai pada bendera Palestin.
Aik? Apa sebenarnya yang diorang nak sampaikan?
Sebenarnya ni pun salah satu sejarah dan budaya orang Palestin.
Tembikai ni antara buah yang senang hidup di Timur Tengah. Walaupun buah ni berasal dari Afrika Utara, orang-orang Palestin guna tembikai dalam masakan diorang.
Salah satu contoh hidangan popular di Selatan Gaza dipanggil Fatet al-Ajer yang mengandungi tembikai, terung, lada dan tomato.
Kita lompat ke tahun 1967, dimana tahun tersebut berlangsungnya Perang 6 Hari antara negara-negara Arab dan Israel.
Kerajaan Israel masa tu mengharamkan segala bentuk bendera Palestin di dalam wilayahnya untuk sekat gerakan nasionalisme Palestin dan Arab.
Bayangkan, kalau korang kibarkan bendera Palestin dalam Israel, korang boleh kena humban dalam penjara hanya atas sebab tu.
Jadi, orang-orang Palestin akan guna simbol tembikai sebagai simbol protes. Sebiji tembikai yang dihiris dengan buahnya yang merah, kulitnya yang hijau-putih, dan bintik-bintik biji hitam, mengandungi semua warna bendera Palestin.
Buah tembikai ni sendiri jugak dibawa sebagai ganti kepada bendera oleh peserta-peserta demonstrasi untuk digunakan menentang pendudukan Israel di Tebing Barat dan Gaza!
Larangan ni berterusan sehingga 1993 apabila Perjanjian Oslo melonggarkan sekatan ke atas rakyat Palestin di dalam Israel.
Tapi Benjamin Netanyahu menggelar orang yang kibarkan bendera ni di protes sebagai penghasut.
Jadi, pada Januari tahun ni, Menteri Keselamatan Negara Israel Itamar Ben-Gvir beri polis kuasa untuk rampas bendera Palestin.
Pada bulan Jun, Zazim iaitu sebuah pertubuhan masyarakat Arab-Israel, lancarkan kempen untuk bantah penahanan dan rampasan bendera.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2023 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
Imej tembikai ditampal pada 16 teksi yang beroperasi di Tel Aviv, dengan teks yang berbunyi, “Ini bukan bendera Palestin.”
Sebab tu la demonstrasi dekat Israel guna bendera Palestin tapi pakai simbol tembikai!
Dah faham? Ok sekarang kita tengok pada konteks alam maya pula.
Kalau kat FB tu, letak emoji bendera Palestin pun mungkin boleh kena removed postnya kononnya menyokong keganasan.
Jadinya, ia dah jadi macam sejarah kembali berulang. Emoji tembikai ni femes balik sebagai simbol popular bagi Palestin pada platform seperti TikTok dan Instagram.
Dekat platform tu, guna bendera Palestin atau perkataan Israel atau Palestin je pun dah boleh dianggap langgar community guidelines atau menyebabkan akaun korang diban.
Oleh: Azizul Farhan
___
Nak tau tak macam mana Palestin hilang negaranya sendiri? Jawapannya ada di dalam DUNIA TANPA TEMBOK yang mudah untuk korang faham pasal konflik yang berlaku di seluruh dunia ni.
https://bit.ly/DuniaTanpaTembok1
https://bit.ly/DuniaTanpaTembokII
https://bit.ly/DuniaTanpaTembok3
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source