Banyak tau sumbangan Jalaluddin Rumi buat ketamadunan Turki Uthmaniyah!
Tradisi Jalaluddin Rumi telah menyumbang budaya prosa dan penulisan kepada bahasa Turki dan khazanah tasawuf Khilafah Turki Uthmaniyah.
Tarekat Mawlawiyah yang asalnya merupakan tarekat sufi Jalaluddin Rumi telah berkembang dan mempengaruhi kehidupan urban. Sehingga hujung abad ke-16, populariti syeikh dari Tarekat Mawlawiyah telah membolehkan mereka dijemput untuk menasihati kelas bangsawan dan istana.
Sebagai misal, Sultan Selim III (1761-1808) telah berbaiah dan menyertai majlis zikir seperti yang diajarkan Jalaluddin Rumi. Tarekat Mawlawiyah mempunyai adab dan kaedah khusus bagi membimbing murid agar menaiki martabat yang tinggi di sisi Allah. Amalan yang diajarkan dapat membantu murid sufi supaya mencapai maqam kerohanian yang mulia.
Semua tarekat dan zawiyah sufi bergerak bebas dengan sumber waqaf dari orang awam dan tidak bergantung kepada dana pemerintah. Bagaimanapun pada 1812, Sultan Mahmud II kemudiannya menaungi dan mengawasi semua zawiyah sufi yang berada di wilayah kerajaannya.
Tujuannya bagi memantau dan mengawal pergerakan kaum sufi. Pihak pemerintah ingin memerhati aktiviti politik yang berlegar di dalam tarekat dan memastikan tidak berlaku sebarang pemberontakan dari dalam. Dana kewangan zawiyah sufi turut dipantau secara dekat.
Pada 1826, Sultan Mahmud II (1784-1839) telah mengarahkan pembantaian Janissary dengan justifakasi mereka telah memberontak dan membunuh menteri kerajaan. Tarekat Bekteshi yang menjadi pegangan utama Janissary telah diharamkan pada bulan Disember tahun yang sama.
Sementara itu, Tarekat Mawlawiyah tidak mengalami nasib yang sama kerana menyokong dasar pemodenan yang dilancarkan Sultan Mahmud II. Hubungan politik dan kerjasama mereka dengan kerajaan Uthmaniyah semakin kukuh.
Pada zaman Sultan Abd al-Majid I (1823-1861), reformasi sistem pentadbiran dan ketenteraan Uthmaniyah giat dijalankan. Sejajar dengan pemikiran Tanzimat, kerajaan telah menyatukan jemaah syeikh tarekat dan zawiyah sufi di bawah bidang kuasa Shaykh al-Islam dan Hal Ehwal Agama bagi Uthmaniyah.
Pemusatan kuasa ini memberikan manfaat kepada perkembangan tarekat sufi secara rasmi apabila dana khas diwujudkan buat zawiyah sufi, wakaf orang awam lebih terkawal dan setiap zawiyah sufi mempunyai penjaga yang diberi gaji bulanan.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2023 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
Uthmaniyah telah menubuhkan Rejimen Mawlawiyah (Mucahidin-i Mevleviyye) semasa Perang Dunia Pertama. Para mujahidin ini telah dihantar untuk berkhidmat di Syria dan Palestin. Batalion tentera seramai 800 orang murid sufi telah dihantar ke Damsyik pada Ogos 1916. Apabila kempen ketenteraan di Palestin tamat, rejimen ini telah dibubarkan pada September 1918.
Oleh: Zaki Sapuan al-Hafiz
…
Nantikan RUMI: FILSUF CINTA ANATOLIA tulisan Zaki Sapuan Al-Hafiz yang akan terbit 25 NOVEMBER ini! Boleh baca bab PERCUMA dengan klik: https://thepatriots.store/rumi/
Jumpa penulis kami di PESTA BUKU ANTARABANGSA SELANGOR pada 1-10 DISEMBER ini!
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source