“Di hati ini
Hanya Tuhan yang tahu
Di hati ini
Aku rindu padamu.”
Ada orang samakan jatuh cinta dengan zina hati. Betul ke? Adakah berdosa untuk kita mencintai seseorang di dalam hati?
Persoalan ini telah dijawab oleh Syeikh Nazrul Nasir, mudir Zawiyah Nasiriah dalam sebuah kuliah kitab Adab Suluk al-Murid. Beliau membacakan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2023 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa yang jatuh cinta lalu dia menahannya dan menyembunyikan rasa cintanya sampai dia mati, maka dia mati dalam keadaan syahid.” (HR Ibnu Abbas)
Hadis ini terdapat dalam kitab Faidhul Qodir syarah Jamius Shogir karya Imam Muhammad Abdul Rauf Al-Munawi.
Cinta datang tanpa dipaksa. Bak kata Rumi: “Kata-kata pecah berkeping-keping, begitu sampai kepada cinta. Dalam menguraikan cinta, akal terbaring tak berdaya seperti keldai terbaring di dalam lumpur.”
Walaupun sudah terluka berkali-kali, walaupun sudah mengunci mati hati, namun jatuh cinta boleh lagi terjadi. Tiada yang terkecuali, baik alim ulama atau presiden negara. Kalau sudah jatuh cinta, apakah kita berdosa?
Abu Nawas menyebut:
أَنَّ مَنْ مَاتَ مُحِبَّا # فَلَهُ أَجْرُ شَهَادَةْ.
Maksudnya: “Siapa yang mati sedangkan dia mencintai, maka akan diberi ganjaran mati syahid.”
Syeikh Nazrul Nasir mengulas, Kalaulah jatuh cinta itu sudah zina hati, bagaimana seseorang yang berada dalam dosa besar boleh mendapat ganjaran mati syahid? Hal ini menunjukkan, orang tersebut tidak melakukan dosa dan layak mendapat darjat yang mulia. Justeru, jatuh cinta bukanlah zina hati.
Bagaimana pecinta mendapat mati syahid?
Kita semua tahu, cinta tidak meletakkan syarat untuk menyapa. Ada yang jatuh cinta dengan suami orang. Ada yang jatuh cinta dengan isteri orang. Kalaulah dia tidak meluahkan cintanya dan ia boleh mengelakkan daripada terbuka pintu maksiat, maka lebih afdhal dia menyembunyikan perasaannya sehingga ke hujung nyawa.
Imam al-Munawi menerangkan jika ada orang yang mencintai diam-diam dan berharap untuk menikahi cinta hatinya, tetapi dia tidak mampu, lalu dia memendamnya sampai mati. Maka orang itu akan mendapatkan pahala syahid akhirat.
Imam Ibnu Katsir mengatakan, seseorang yang jatuh hati, tapi dia tidak bisa memilih cinta hatinya dan tidak mampu memilikinya, lalu ia bersabar dan menahan diri daripada perbuatan yang berdosa, kemudian meninggal dunia karena tidak sanggup menahan rasa cintanya, maka dia akan mendapatkan pahala yang banyak.
Untuk makluman, hadis yang kita sebutkan tadi menurut Imam az-Zarkasyi telah diriwayatkan oleh Zubair bin Bikar yang beliau terima dari Abdul Malik bin Abdul Aziz Al-Jamisyun dari Abdul Aziz bin Abi Hazim dari Ibnu Abi Najih dari Mujahid dari Ibnu Abbas dari Nabi Muhammad SAW.
Oleh: Zaki Sapuan al-Hafiz
…
Banyak lagi fakta menarik dalam buku terbaru kami, RUMI FILSUF CINTA ANATOLIA. Promosi istimewa dengan diskaun 20% untuk pembeli-pembeli terawal! Klik: bit.ly/RumiX11
Nak ingatkan juga pada korang, Pesta Buku Antarabangsa Selangor akan berlangsung tak lama lagi. Jumpa anda di sana.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source