Benar kita tidak cukup ilmu mengenai kehamilan yang kita lalui. Namun bila mana setiap pemeriksaan bulanan atau apa jua rutin kehamilan yang diminta doktor jangan sekali kita abaikan. Setiap temujanji amatlah penting, lebih-lebih lagi bagi ibu hamil yang mempunyai masalah kencing manis atau Gestational diabetes mellitus (GDM).
Dr Muhammad Izzat Abdul Razak, berkongsi rutin penting ibu hamil yang mempunyai masalah DGM agar tidak berisiko kepada kecacatan bayi dalam kandungan. Ini yang dikongsikan oleh beliau.
Puas digodek-godek mesin scan. Puas cari angle yang terbaik untuk measure kepala baby. Patutlah Dr sebelum ni cakap dia susah nak measure saiz kepala baby.
Baru saya faham kenapa Dr tersebut mohon second opinion. Apa yang saya nampak hanyalah frog-eye sign (kalau dilihat kepala seekor katak dari atas, nampak mata saja terjojol keluar disebabkan tulang kepala tiada). Ada orang panggil Mickey mouse sign. Sama lah tu.
Lama saya tenung scan tu, nak betul-betul pasti.
Seakan-akan anencephaly ( baby tiada tempurung kepala). Panggil beberapa doktor yang lain untuk lihat bersama, untuk benar-benar pasti.
Semuanya bersependapat.
“Ibu ada kencing manis ke sebelum ni?”
“Kalau ikutkan masa tak mengandung takde kencing manis. Masa mengandung je baru ada kencing manis”
“Lepas 6 minggu pantang ada check, minum air gula semula tengok ada kencing manis lagi ke tak?”
“Oh yang tu saya tak pergi” Kurang pasti, ibu terlupa ataupun bagaimana.
“Ibu saya ada berita kurang baik nak bagitahu”
“Lama saya scan ni nak confirmkan betul-betul apa yang saya nampak. Berat saya nak cakap perkara ini. Tapi ibu kena tahu. Baby ni tak normal. Tempurung kepalanya tak terbentuk. Harap ibu bersabar dan tenang”
Remuk berkecai hati ibu, air matanya mengalir. “Ibu, saya tinggalkan dulu dengan husband. Kejap lagi dah okay sikit saya datang balik cerita lebih lanjut. Sabar ya ibu”.
Setelah ibu sudah bertenang, saya sambung semula perbualan.
“Kecacatan ni dinamakan anencephaly. Bayi dengan keadaan ni tulang kepala dan sebahagian otak tak terbentuk. Bayi seperti ni biasanya umurnya tak panjang, akan meninggal selepas dilahirkan.
Dalam rahim baby boleh idup lagi sebab ada tali pusat. Lepas dilahirkan, tali pusat dipotong, bahagian otak yang terlibat dalam penafasan tak ada, dia tak boleh bernafas sendiri, walaupun peparunya normal”
“Kite check dulu ibu ada kencing manis ke tak nanti. Saya suspect ibu ada kencing manis dari kehamilan terdahulu berlarutan sampai sekarang. Saya mungkin silap, tapi takpa, kite check dulu ya”
Check HbA1c = 13%. Ya Allah memang ibu ada kencing manis, tak terkawal rupanya. Ibu yang mengandung dengan kencing manis tak terkawal (sebelum mengandung) berpotensi tinggi bayinya mendapat kecacatan sebegini dan kecacatan lain – masalah jantung misalnya.
Penting.
1) Ibu yang ada GDM perlu check semula ada kencing manis ke tak lepas 6 minggu berpantang. Jangan lupa.
2) Kalau tak ada kencing manis lepas check tu, kena buat HbA1c setiap tahun, sebelum mengandung lagi. Sekurang-kurangnya, jumpa Dr, check ada kencing manis ke tak setiap tahun kalau HbA1c tak ada. Ni pun jangan lupa.
3) Ibu yang ada masalah neural tube defect seperti anencephaly di atas, perlukan 5mg asid folik, 3 bulan sebelum mengandung dan teruskan pengambilan untuk 3 bulan pertama kehamilan.
4) Ibu yang ada kencing manis sebelum hamil perlukan kawalan kencing manis yang optimum, HBA1c < 6.5% sebelum
mengandung lagi. Ibu ini juga perlukan asid folik 5mg, 3 bulan sebelum mengandung dan teruskan sehingga 3 bulan pertama kehamilan.
5) Wanita yang sihat, dan bercadang nak mengandung lagi, perlu amek asid folik (0.4mg) 3 bulan sebelum mengandung, dan sambung pengambilannya 3 bulan pertama semasa hamil.
Ini ikhtiar kita!
Menarik: Masa Ni Sampai-Sampai Dah 2cm, Neelofa Kongsi Pengalaman Indah Bersalinkan Muhammad Bilal
Selain Bahasa Melayu, mama papa mesti nak anak pandai Bahasa Inggeris juga kan? Bila dia pandai, dah tentu akan jadi lebih yakin nak bertutur dan menggunakan Bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian.
Jom, mama papa belajar macam mana nak didik anak untuk mahir bahasa ini di E-Workshop Panduan Ajar Anak Pandai English, Mudah Sangat! Dengan hanya RM20, bukan saja ilmu tapi mama papa berpeluang memenangis pelbagai hadiah istimewa dari Pa&Ma. Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/panduan-ajar-anak-pandai-english/
Dengar cerita ada yang tak nak balik sebab seronok sangat main air. Faiz Dickie sempat tunjuk bakat terjun sampai perut mengandung pun hilang. Nak tahu siapa juara challenge kali ini, kenalah tengok sampai habis.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source