Cederakan penghantar barang, ‘abang blazer merah’ didenda RM2,000


KUALA LUMPUR: Mahkamah Majistret menjatuhkan hukuman denda RM2,000 ke atas seorang lelaki digelar “abang blazer merah” yang tular di media sosial kerana mencederakan seorang penghantar barang pada 2 Nov tahun lalu.
Majistret Illi Marisqa Khalizan menjatuhkan hukuman itu ke atas Muhammad Nazrul Hairie Harmi, 28, selaku orang kena saman (OKS) selepas dia mengaku menyebabkan kecederaan terhadap Muhammad Samier Ibruhem, 24, menggunakan kaki dan tangan pada 3.59 petang di Lobi Menara IQ, Lingkaran TRX, Tun Razak Exchange di sini.
Nazrul, yang bekerja sebagai kerani, didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya.
Mahkamah turut memerintahkan OKS dipenjara empat bulan jika gagal membayar denda. Dia membayar denda itu.
Timbalan Pendakwa Raya Zuhairi Osman memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada OKS manakala peguam Rhastdan Abdul Wahab memohon denda minimum atas alasan anak guamnya tidak mempunyai rekod kesalahan lampau selain penanggung utama keluarga.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source