Pembangunan kawasan warisan perlu rujuk garis panduan RKK, kata Saarani


TAIPING: Kerajaan Perak meminta mana-mana pihak yang ingin melaksanakan pembangunan di kawasan bersejarah atau warisan di negeri ini supaya merujuk kepada garis panduan ditetapkan dalam Rancangan Kawasan Khas (RKK).
Menteri Besar, Saarani Mohamad, berkata langkah itu bagi memastikan pembangunan yang dilaksanakan menepati piawaian selain tidak mendatangkan kesan negatif terhadap kawasan berkenaan.
“RKK ini diwujudkan untuk mengelakkan daripada sebarang bentuk pembangunan yang dibuat dengan sewenang-wenangnya dan sekiranya tidak dikawal, ia akan memusnahkan nilai-nilai warisan itu.
“Oleh itu, kepada sesiapa yang menghantar pelan (pembangunan), kebenaran merancang (KM) perlu merujuk kepada RKK sebelum sesuatu pembangunan dibuat,” katanya pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Sambutan Ulang Tahun Ke-150 Bandar Taiping di sini hari ini.
RKK merupakan satu garis panduan dibangunkan oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia) dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan bagi memastikan sebarang bentuk pembangunan perlu menitikberatkan pelbagai perkara termasuk penekanan terhadap kelestarian sejarah dan budaya.
Saarani berkata pematuhan terhadap RKK itu juga secara tidak langsung membantu kerajaan negeri ke arah menjadikan Perak sebagai destinasi pelancongan bertemakan alam semula jadi dan warisan bertaraf dunia.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata pihaknya menyokong penuh usaha dilakukan Majlis Perbandaran Taiping (MPT) dalam melaksanakan sambutan Ulang Tahun Ke-150 Bandar Taiping.
Beliau berkata inisiatif berkenaan merupakan satu daripada pendekatan yang mampu memberi nilai tambah dalam menggalakkan aktiviti kemasyarakatan selain penghayatan terhadap nilai-nilai warisan sejarah khsusunya dalam kalangan golongan belia.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source