Perkahwinan anakanda anakanda Sultan dan Yang Dipertua Brunei Darussalam, Putera Abdul Mateen menjadi ‘Wedding of The Year’ kerana begitu gah dan meriah. Malah, pasti ramai yang berangan nak kahwin dengan anak raja kan…hehe
ARTIKEL BERKAITAN : Anak Raja Thailand Berjiwa Fesyen, Gaya Puteri Sirivannavari Di Minggu Fesyen Paris
Difahamkan, sebelum Putera Mateen, beberapa majlis perkahwinan pasangan diraja ini pernah mencuri perhatian kerana kemewahan mereka. Sanggup membelanjakan bajet sehingga ratusan ribu, berikut adalah 8 perkahwinan pasangan diraja paling mewah sepanjang zaman.
- Putera Rainier III dan Grace Kelly, Monaco
Perkahwinan Putera Rainier III dan Grace Kelly adalah salah satu perkahwinan diraja yang paling mewah di dunia. Berkahwin pada tahun 1956 di St. Nicholas, majlis perkahwinan yang dihadiri kira-kira 600 tetamu jemputan itu diadakan selama 2 hari. Pada masa itu, Grace Kelly, memakai gaun pengantin yang menampilkan garis leher yang tinggi, banyak lapisan petticoat, dan mutiara antik yang direka khas oleh Helen Rose. Tidak cukup dengan itu, terdapat kek perkahwinan enam tingkat dengan gambar istana negeri yang diperbuat daripada gula yang turut menjadi tumpuan.
2. Putera Charles dan Lady Diana Spencer, England
Pasangan diraja Britain, Putera Charles dan Lady Diana Spencer telah berkahwin secara rasmi di St. Paul pada tahun 1981. Perkahwinan kedua mereka sangat popular sehingga sukar untuk dilupakan. Memakai gaun putih gading dihiasi 10,000 mutiara, Puteri Diana kelihatan cantik dan anggun.
Disiarkan di kaca televisyen, perkahwinan Putera Charles dan Puteri Diana dianggarkan berjumlah USD 70-100 juta. Malah, perkahwinan itu adalah yang paling mahal dalam sejarah perkahwinan British.
3. Putera Felipe dan Letizia Ortiz Rocasolano, Sepanyol
Raja dan Ratu Sepanyol berkahwin di Katedral Santa María la Real de La Almudena di Madrid. Perkahwinan yang diadakan pada 22 Mei 2004, memeterai ikrar suci perkahwinan di hadapan 1,200 tetamu. Gaun Manuel Pertegaz yang dipakai oleh pengantin perempuan itu sangat cantik, dihiasi dengan sulaman emas. Majlis perkahwinan diraja Sepanyol itu dipercayai menelan belanja sekitar USD 25-30 juta. Malah, siaran televisyen majlis itu berjaya menarik perhatian 25 juta penonton di Sepanyol.
4. Putera Albert II dan Charlene Wittstock, Monaco
Putera Albert II berkahwin dengan perenang Olimpik, Charlene Wittstock pada 2011. Majlis perkahwinan Katolik berlangsung di perkarangan Istana Monaco. Charlene kelihatan memukau dengan memakai gaun Armani berwarna putih yang dihiasi dengan 40,000 kristal Swarovski dan 20,000 mutiara. Berlangsung selama 3 hari, perkahwinan mewah Putera Albert II dan Charlene dianggarkan menelan belanja sekitar USD 70 juta.
5. Putera William dan Kate Middleton, England
Tidak kurang menarik perhatian, perkahwinan Putera William dan Kate Middleton turut menjadi perbualan hangat pada tahun 2011. Diadakan secara mewah di Westminster Abbey, perkahwinan itu dianggarkan menelan belanja USD 34 juta. Malah, sekitar USD 32 juta diperuntukkan untuk perlindungan dan keselamatan acara. Hebat tak?
Pada majlis perkahwinannya, Kate kelihatan cantik memakai gaun putih rekaan Alexander McQueen. Pelbagai tetamu terkenal dunia turut menghadiri majlis perkahwinan diraja itu, seperti David dan Victoria Beckham, Sir Elton John dan David Furnish.
6. Putera Harry dan Meghan Markle, England
Putera Harry dan Meghan Markle telah berkahwin secara rasmi di St George’s Chapel di Windsor pada 2018. Majlis perkahwinan itu dihadiri 600 tetamu di Chapel, manakala 2,000 orang meraikan di luar Istana Windsor. Pada hari perkahwinannya, Meghan kelihatan cantik memakai gaun pengantin Givenchy. Dianggarkan perkahwinan Putera Harry dan Meghan Markle menelan belanja sekitar USD 40-42 juta.
7. Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah dan Pengiran Haji Muhammad Ruzaini
Sebelum perkahwinan Putera Abdul Mateen, perkahwinan kakaknya, Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah, mula menjadi tumpuan. Pada tahun 2012 Puteri Sultan Brunei, sebagai pengantin diraja, berkahwin dengan lelaki bukan diraja. Terdapat kira-kira 3,000 tetamu yang dijemput ke sambutan itu. Dianggarkan kos keseluruhan acara diraja itu mencecah USD 20 juta.
8. Putera Abdul Mateen dan Anisha Rosnah
Masih menjadi bualan hangat, perkahwinan Putera Abdul Mateen dan Anisha Rosnah adalah antara majlis perkahwinan diraja yang paling mewah. Menghabiskan wang yang tidak kurang hebatnya, pernikahan kedua mereka baru saja berlangsung di Masjid Sultan Omar Ali Saifuddien, Brunei Darussalam, pada hari Khamis (11/1/24). Majlis perkahwinan itu diadakan selama 10 hari dan dianggarkan menelan belanja sehingga berbilion.
Untungnya jadi anak raja ni, majlis perkahwinan pun gah dan mewah.
BACA LAGI : Walaupun Sudah ‘Keluar’ Istana. Anak Putera Harry & Meghan Markle Tetap Terima Gelaran Diraja
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source