Semalam, saya ternampak satu klip podcast ni yang kata sekolah ni takde nilai dalam kehidupan dia. Nilai yang sebenar baginya hanyalah nilai ilmu Allah S.W.T.
Saya tercengang dengar dia cakap gini. Lepastu dia bagi contoh yang dia tak tau apa nak buat bila kitaran haid dia melebihi hari yang sepatutnya.
Mula-mula sekali, bukankah itu juga yang kita pernah belajar di sekolah atau awak ponteng sekolah dulu?
Sekolah atau menuntut ilmu ni merupakan salah satu fardu kifayah. Memanglah fardu kifayah ni tak wajib, tetapi tak betul kalau kita hanya memuliakan ilmu agama sahaja.
Mungkin awak rasa ilmu di sekolah ni tak berguna pada diri awak, tapi ia berguna pada masyarakat.
Seorang peguam boleh bantu agamanya membela orang Islam daripada sudut undang-undang. Seorang ahli perniagaan boleh bantu daripada sudut ekonomi.
Seorang ahli sains boleh bantu sudut perkembangan teknologi & perubatan. Dan seorang ahli politik & pemimpin negara sepatutnya mampu membela agama. Bukan sekadar jual nama agama tapi tak membela pun.
Tahu tak awak berfikiran sekolah tak penting ni serupa macam mana British pandang orang kita suatu masa dulu?
Frank Swettenham pernah cakap orang Melayu ni hanya belajar perkara-perkara yang bagi manfaat pada diri sendiri je di masa hadapan.
Lelaki Melayu belajar ilmu berbentuk kemahiran seperti cara tangkap ikan, jerat binatang dan bercucuk tanam.
Perempuan Melayu pula belajar ilmu membantu di rumah seperti membuat kerja-kerja dapur dan menjahit.
Tapi zaman tu tak pelik sebab kita tak ada sekolah yang khusus.
Abdullah Munsyi pun cakap dulu di negara kita takde sekolah khas untuk belajar.
Tapi tu tak bermakna orang Melayu bersikap sambalewa dengan ilmu. Sebab masa tu orang Melayu dah ada kelas mengaji Al-Quran dan belajar agama.
Tapi, tau tak yang itu semua tak cukup untuk ubah nasib diri dan bangsa.
Sebab itulah Za’aba kata orang Melayu kena belajar ilmu-ilmu yang membolehkan kita dapat kerja dan mengambil upah. Antaranya seperti undang-undang dan kejuruteraan.
Malah Za’aba nyatakan orang Melayu kena belajar ikut minat masing-masing seperti perniagaan dan pertanian. Secara tak langsung, apa yang dipelajari tu mampu untuk membantu diri sendiri di masa akan datang.
Walaupun ilmu-ilmu selain agama itu penting, tapi ia juga mesti disulami & didahului dengan ilmu fardu ain.
Tauhid, Fiqh & Tasawuf Akhlak.
Tak payah pergi jauh pun takpe, P. Ramlee pun dah tunjuk kenapa kita kena pergi sekolah dan belajar.
Bukannya pergi sekolah lepastu ponteng kelas. Macam mana nak dapat ilmu-ilmu tu semua? Bila dah kahwin, disalahkannya sekolah pula.
Oleh: Azizul Farhan
___
Macam mana nak bangkit macam Zaman Keemasan Islam yang penuh dengan ilmu kalau berperangai sebegini?
Nak tau macam mana Zaman Keemasan Islam tu? Jawapannya ada dalam KITAB TAMADUN ISLAM. Dapatkan segera sementara stok masih ada!
https://shope.ee/7AEiV1lQvL
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source