Suami bunuh diri dalam kebakaran, isteri rayu dapatan koroner


PETALING JAYA: Keluarga Kannadasan Veerasamy merayu terhadap keputusan koroner yang memutuskan penyelia bengkel itu membunuh diri dalam kebakaran pada 2021.
Isteri mendiang, Revathi Elangovan memberitahu FMT, berkata dia tidak bersetuju dengan dapatan dibuat koroner Rasyihah Ghazali bulan lalu, bahawa Kannadasan memulakan kebakaran sekali gus membunuhnya dalam bilik simpanan di tempat kerjanya di Bukit Puchong.
Revathi menyangkal dapatan menyatakan Kannadasan, ketika itu berusia 34, mengambil nyawa sendiri kerana masalah kewangan. Dia berkata, tiada keterangan dikemukakan di mahkamah mencadangkan suaminya itu dalam bebanan hutang.
Ketika prosiding, seorang eksekutif akaun berpangkalan di ibu pejabat syarikat itu di Bangi mendakwa Kannadasan mengakui menyalahgunakan RM57,000 milik majikannya.
Mahkamah juga diberitahu mendiang meminjam RM19,000 daripada seorang rakan.
Bagaimanapun, saksi tidak menyediakan sebarang dokumentasi pembuktian menyokong dakwaan berkenaan, kata Revathi.
Dia berkata, eksekutif akaun tersebut tidak mengemukakan apa jua rekod perakaunan syarikat di mahkamah.
“Berbalik kepada pinjaman RM19,000, polis menyiasat kes mengakui di mahkamah beliau tidak ditunjukkan sebarang bukti yang Kannadasan meminjam wang dimaksudkan,” kata Revathi.
Katanya, saksi juga tidak dapat mengemukakan sebarang dokumen menunjukkan wanita itu memberi pinjam kepada suaminya.
“Wanita itu juga tidak mempunyai mesej WhatsApp menunjukkan dia meminjamkan wang kepada Kannadasan. Saya tidak faham bagaimana seseorang yang datang ke mahkamah, dakwa ada orang berhutang wang dengannya, dan tidak menyediakan bukti,” kata Revathi.
“Juga, kedua-duanya bos dan rakannya yang memberi keterangan di mahkamah yang mereka tidak memberi tekanan kepada mendiang memulangkan semula wang, jadi mengapa dia hendak membunuh diri?” katanya.

Revathi turut mempersoal kenapa majikan suaminya berterusan meletakkan kepercayaan kepada Kannadasan dengan tanggungjawab perbankan dalam urusan bengkel seharian, jika dia mengakui salah guna RM57,000 daripada syarikat.
Tambahan pula, Revathi mempersoalkan kebenaran nota bunuh diri Kannadasan yang didakwa ditulis mendiang. Katanya, pihak keluarga tidak diminta membuat perbandingan sampel tulisan si mati.
“Pakar tulisan yang memberi keterangan tidak dapat menentukan sama ada ia ditulis Kannadasan.
“Juga, nama saya dieja salah. Bagaimana seorang suami tidak mengetahui ejaan nama isterinya?”
Revathi berkata, pemetik api didakwa diguna bagi memulakan kebakaran tidak dikemuka sebagai keterangan, dan terdapat percanggahan laporan mengenalpasti punca kebakaran, sama ada petrol dijumpai pada mayat si mati.
Peguam keluarga, S Vinesh berkata, rayuan telah difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam, pada 4 Jan.
Mahkamah belum mengeluarkan penghakiman koroner dan nota prosiding. Rayuan ditetapkan bagi pengurusan kes pada 13 Mac.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Source