Reformasi Anwar perlahan, Bersih wajar turun ke jalan, kata wakil rakyat PKR


PETALING JAYA: Hassan Karim tampil menyuarakan sokongan terhadap hasrat Bersih untuk sekali lagi turun ke jalanan bagi menuntut janji-janji reformasi.
Ahli Parlimen Pasir Gudang itu mendakwa, pelaksanaan reformasi oleh kerajaan pimpinan Anwar Ibrahim terlalu perlahan menyebabkan rakyat kini berada dalam keadaan “hampa, kecewa,putus asa dan hilang harapan”.
“Jadi memang wajar jika Bersih memutuskan turun ke jalan raya untuk menyuarakan bantahan mereka terhadap perubahan-perubahan yang sehingga kini gagal dilaksanakan oleh Pakatan Harapan (PH) dan kerajaan perpaduan pimpinan Anwar,” katanya kepada FMT.
Rabu lepas, Bersih menggesa pentadbiran Anwar agar tidak lagi berdalih dan melaksanakan semua agenda reformasi yang dijanjikan sebelum menjadi kerajaan atau bersedia berdepan demonstrasi jalanan.
Pengerusi Bersih Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata, rakyat kecewa dan marah berikutan perkembangan mutakhir pelaksanaan agenda reformasi di negara ini, yang indah khabar dari rupa.
Bagaimanapun Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata, kerajaan tidak pernah melupakan reformasi institusi kerana ia antara perkara utama yang diperjuangkan pentadbiran Anwar.
Sementara itu, Hassan berkata, perjuangan Bersih untuk pilihan raya yang bebas dan adil turut meliputi tuntutan-tuntutan reformasi seperti yang disuarakan oleh PH dalam manifesto pilihan raya mereka.
Menurutnya, harapan rakyat terhadap perubahan yang dicetuskan reformasi sangat besar dan tinggi.
Kerajaan pimpinan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad sebelum ini turut gagal melaksanakan reformasi yang dijanjikan, dengan menyatakan dokumen manifesto PH bukannya kitab suci, tambahnya.
“Jadi apabila tokoh reformasi Anwar Ibrahim yang melancarkan gerakan reformasi sejak 1998 menjadi perdana menteri, maka tentu sekali harapan rakyat akan berlaku perubahan-perubahan seperti yang dijanjikan.
“Tetapi selepas lebih satu tahun kerajaan perpaduan pimpinan Anwar mentadbir Malaysia, terlalu perlahan reformasi dilaksanakan. Rakyat hampa, kecewa,putus asa dan hilang harapan,” katanya.
Bersih sebelum ini pernah menganjurkan demonstrasi jalanan sejak 2007 sebagai protes terhadap penyelewengan pilihan raya dan untuk menuntut pilihan raya adil. Pada 2015 dan 2016, Bersih turut mengadakan demonstrasi berhubung skandal 1MDB.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source