Ketua polis Johor turut terima e-mel ancaman


JOHOR BAHRU: Ketua polis Johor mengesahkan beliau turut menerima e-mel mengandungi unsur ancaman bom pagi tadi.
M Kumar berkata ancaman itu dihantar ke e-mel rasmi ketua polis Johor dan dipercayai dihantar oleh individu sama yang menghantar ancaman bom di Menara Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) di Bukit Senyum.
“Semakan mendapati e-mel tersebut menggunakan alamat sama yang pernah dihantar beberapa tahun lepas. Kami percaya orangnya sama. Akaun yang digunakan palsu.
“Kami dalam usaha untuk mengenal pasti penghantar e-mel tersebut dan apa-apa perkembangan kami akan maklum kemudian,” katanya kepada pemberita selepas menyantuni petugas Op Selamat di Jalan Lingkaran Dalam.
Beliau ditanya mengenai ancaman yang dibuat ke atas beberapa premis kerajaan negeri hari ini.
Kumar berkata e-mel yang dihantar individu terbabit adalah maklumat palsu bertujuan menimbulkan kegusaran dan ketegangan dalam kalangan orang ramai.
Terdahulu, Ketua Polis Johor Bahru Selatan, Raub Selamat, mengesahkan tiga premis kerajaan di kawasan Johor Bahru Selatan menerima e-mel mengandungi unsur ancaman bom daripada individu yang sama, hari ini.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source