Dokumen Lembaga Pengampunan bukan sulit, kata peguam Najib


KUALA LUMPUR: Dokumen berkaitan keputusan Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan mengurangkan hukuman penjara dan denda Najib Razak bukannya sulit, kata peguam bekas perdana menteri itu Shafee Abdullah.
Shafee berkata beliau hanya menunjukkan kepada wartawan surat dengan cop Agong pada 7 Feb kerana beliau tidak mendapat kebenaran Najib untuk mendedahkan kandungan dokumen itu pada masa berkenaan.
“Bukan kerana ia (dokumen) sulit,” katanya dengan menjelaskan bahawa kerahsiaan dokumen berkenaan tiada kaitan dengan keputusannya.
“Ia dokumen awam. Cuma saya tidak mendapat izin anak guam.”
Shafee yang bercakap dalam forum bertajuk “Justice and Mercy: A Forum on Reforms to the Pardons Board in Malaysia” berkata, salah untuk menyatakan bahawa dokumen itu adalah sulit.
Pada 2 Feb lalu, Lembaga Pengampunan mengurangkan hukuman penjara Najib daripada 12 tahun kepada enam tahun atas tuduhan salah guna kuasa, pecah amanah jenayah, dan pengubahan wang melibatkan dana SRC International berjumlah RM42 juta.
Lembaga itu turut mengurangkan dendanya daripada RM210 juta dikurangkan kepada RM50 juta.
Shafee turut menegaskan bahawa Yang di-Pertuan Agong ketika itu, Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah mempertimbangkan untuk memberikan pengampunan penuh, tetapi kemudian memilih pengurangan hukuman ketika mesyuarat dipengerusikannya pada 29 Jan.
Lembaga Pengampunan telah mencadangkan supaya Najib menjalani baki tempoh hukumannya, menurut petikan surat dibacakan oleh Shafee dalam satu sidang media.
Bagaimanapun, menurut surat itu, Agong ketika itu memutuskan untuk mengurangkan tempoh hukuman bekas perdana menteri itu.
Berikutan itu, Ahli Parlimen Kepong Lim Lip Eng menggesa Lembaga Pengampunan menjelaskan sama ada Shafee melanggar undang-undang apabila mendedahkan maklumat “sulit” berhubung proses permohonan pengampunan Najib dalam sidang medianya itu.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source