Nombor plat ‘GOLD 1’ milik Sultan Ibrahim


PETALING JAYA: Nombor plat keluaran khas ‘GOLD 1’ menjadi milik Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim selepas baginda menjadi individu pertama yang membida dengan nilai tertinggi dalam sejarah iaitu sebanyak RM1.5 juta.
Menurut catatan di Instagram rasmi Sultan Ibrahim, jumlah bidaan tersebut akan disalurkan kepada kerajaan persekutuan.
Terdahulu, Sultan Ibrahim menerima menghadap Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook di Istana Negara.
Pada pertemuan itu, Loke turut mempersembahkan secara simbolik nombor plat kenderaan berkenaan kepada Sultan Ibrahim.
Pada 30 Jan lalu, Loke memperkenal siri istimewa nombor pendaftaran “GOLD” sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan Ke-50.
Loke berkata, tempahan nombor pendaftaran istimewa itu boleh dibuat dalam sistem JPJeBid, bermula 1 hingga 5 Feb lalu.
Menurut Loke, langkah berkenaan membolehkan kementerian itu melaksanakan beberapa inisiatif seperti pemberian topi keledar kepada penunggang motosikal dan sumbangan kepada Perkeso bagi pemandu teksi.
Hasil paling banyak direkod daripada siri nombor pendaftaran kira-kira RM35 juta, diperoleh menerusi tempahan siri “FF” dimana Sultan Ibrahim merupakan pemegang nombor pendaftaran termahal menerusi FF 1, yang dibida pada harga RM1.2 juta.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source