SPRM beri lanjutan tempoh sebulan untuk Mokhzani isytihar harta


PETALING JAYA: Mokhzani Mahathir, anak kepada bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad, diberi tempoh lanjutan sebulan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mengisytiharkan harta.
Mokhzani pada mulanya diberi tempoh 30 hari mulai 17 Jan untuk mengisytiharkan hartanya.
Ditanya sama ada Mokhzani diberi tempoh lanjutan, ketua badan anti rasuah itu, Azam Baki menjawab: “Ya”.
Pada 8 Feb, Mokhzani dan Mirzan mengingatkan SPRM yang mereka diberikan tempoh 30 hari untuk mengisytiharkan harta.
Kedua-duanya berkata mereka sedang mengumpul maklumat selama 43 tahun, yang dikatakan sebagai “usaha yang mustahil” dan meminta pihak yang berkenaan bersabar.
Menurut mereka, SPRM meminta senarai aset sejak 1981 – tahun Mahathir menjadi perdana menteri buat kali pertama.
Komen mereka itu mengulas kenyataan Azam yang memaklumkan kedua-duanya belum mengisytiharkan harta walaupun telah diberikan notis.
Azam sebelum ini berkata, kedua-dua mereka boleh memohon lanjutan untuk menyerahkan pengisytiharan mereka pada pertengahan bulan ini selepas tempoh 30 hari tamat.
Pada 16 Feb lepas, dilaporkan Mirzan diberi tempoh lanjutan 30 hari selepas ahli perniagaan itu meminta lebih masa untuk mematuhi arahan berkenaan.
SPRM berkata notis yang meminta untuk mengisytiharkan aset Mirzan adalah sebahagian daripada siasatan terhadap maklumat daripada laporan Panama Papers dan aktiviti perniagaannya yang melibatkan penjualan dan pembelian syarikat berkaitan kerajaan.
Sementara itu, Mokhzani disiasat mengikut Akta SPRM dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (Amla).
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source