Dewan kecoh selepas Wan Saiful dakwa diugut, ditawar habuan sokong PM


KUALA LUMPUR: Sidang Dewan Rakyat kecoh susulan pertikaman lidah beberapa wakil rakyat susulan dakwaan Ahli Parlimen Tasek Gelugor Wan Saiful Wan Jan mendakwa telah diugut dan ditawar ‘habuan’ untuk menyokong Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
Wan Saiful mendakwa ugutan dan desakan itu dibuat sejak beliau didakwa di Mahkamah Sesyen atas kes pengubahan wang haram pada tahun lalu.
“Saya telah beberapa kali diajak dan diugut menyokong perdana menteri,” katanya semasa perbahasan titah Diraja di Dewan Rakyat.
Bagaimana, dakwaan yang dibuat Wan Saiful itu telah dibantah oleh beberapa Ahli Parlimen kerajaan.
RSN Rayer (PH-Jelutong) menggesa Wan Saiful membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas dakwaannya itu.
“Kalau anak jantan, buat laporan SPRM,” katanya.
Speaker Dewan Rakyat, Johari Abdul turut meminta Wan Saiful untuk tidak meneruskan dakwaannya itu di Dewan Rakyat.
BERITA LANJUT MENYUSUL
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source