Korang mesti teruja dengan nikmat Kek batik indulgence ni. Tengok pun dah terliur. Bukan itu saja ,lembut dan tak keras. Nak dapatkan hasil yang cantik pula ada tipnya.Bayangkan makan sambil pejam mata tanda sungguh nikmat. Follow langkah yang dikongsi oleh Ariana Sofia Ahmad pasti hasilnya buat korang puas hati.
Kek Batik Indulgence
Bahan- bahan kek batik
450gm biskut marie (patah2kan) -BELI ONLINE DI SINI
250g butter –
1 cawan milo (110g) – BELI ONLINE DI SINI
3/4 cawan susu pekat manis(190ml@250g)
1/2 cawan serbuk koko(50g) – BELI ONLINE DI SINI
1/2 cawan air masak(60ml@50g)
1 sudu kecil esen vanila
Bahan-bahan lapisan Cream Cheese
250gm cream cheese
150ml whipping cream ( Anchor)
1 sudu besar gelatin + (1/4 cawan air panas @50ml) -dikacau sebati
3 sudu besar gula custor – BELI ONLINE DI SINI
1 sudu besar susu pekat
1 sudu kecil esen vanila
Bahan-bahan lapisan coklat
300gm milk compound coins (beryls)- BELI ONLINE DI SINI
150ml whipping cream (Anchor)
1 sudu besar butter
Double boil semua bahan topping dan kacau sebati.
Double boil ada 3 cara
1. Panaskan whipping cream atas dapur, bila dah panas, tuang terus dalam milk compound dan kacau sehingga sebati bersama butter.
2. Masukkan milk compound, whipping cream dan butter ke dalam microwave. Bila dah panas, coklat akan cair. Buat keluar, kacau bagi sebati.
3. Ambil air panas semangkuk. Dalam mangkuk lain letakkan whipping cream, milk compound dan butter ke dalam mangkuk yang lebih besar. Letak mangkuk tu atas mangkuk air panas tadi dan kacau sehingga coklat cair (guna bekas tahan panas)
* Nak guna dark compound pun boleh.
Cara membuat:
1. Mula-mula kena patahkan biskut marie. Sekeping biskut patahkan empat. Buat yang ni dulu sebab nanti bila coklat dah masak, boleh masukkan terus.
2. Dalam kuali, cairkan butter. Guna api perlahan supaya butter tak hangit.
3. Butter dah cair, terus masukkan susu pekat manis. Kacau sebati.
4. Dah sebati masukkan milo, serbuk koko dan esen vanila. Kacau laju supaya tak berketul.
5. Dah sebati masukkan air masak. Kacau sebati dan terus tutup api. Jangan tunggu mendidih.
6. Masukkan biskut marie dan kacau sebati.
7. Pastikan semua tersalut.
8. Lapik loyang 9″ dengan baking paper. Pastikan baking paper tinggi dari loyang. Ariana guna loyang yang boleh buka kat bawah, senang nak tolak nanti. Ratakan kek ke dalam loyang. Tekan sehingga padat. Masukkan dalam peti ais. Nak cepat keras boleh letak kat freezer.
9. Sebelum buat lapisan cheese. Buat dulu air gelatin. Serbuk gelatin dicampur dengan air panas. Kacau sebati dan ketepikan. Beli yang halal. Ada jual di kedai bahan bakery.
10. Dalam bekas masukkan cream cheese, whipping cream, gula, susu pekat manis dan esen vanila. Mix sehingga sebati dan licin. Pastikan tidak berketul.
11. Masukkan air gelatin dan gaul sehingga sebati.
12. Adunan ni memang nampak cair tapi jangan risau. Gelatin fungsinya untuk memejalkan cheese .
13. Tuang cheese ke tengah-tengah kek supaya cheese rata ke tepi. Masukkan semula dalam peti ais 2-3 jam. Nak cheese cepat pejal, letak dalam freezer
14. Untuk double boil coklat, ariana guna tip yang pertama. Panaskan whipping cream.
15. Tuang whipping cream yang panas ke dalam bekas yang ada milk compound dan butter. Kacau sehingga coklat cair.
16. Cair macam ni.
17. Tuang coklat ke tengah-tengah loyang supaya coklat rata ke tepi. Kalau tak rata, sengetkan sedikit loyang supaya coklat rata. Untuk dapatkan coklat yang licin, jangan sesekali ratakan dengan sudu. Buih kecik atas coklat, cucuk dengan lidi. Masukkan dalam peti ais semalaman @ 5-6 jam
18. Keluarkan kek dari loyang dengan letakkan cawan kat bawah. Kalau guna loyang biasa, tarik je baking paper keatas. Letak terus kek atas papan kek. Kertas baking paper boleh koyak terus bahagian tepi sementara kek masih keras.
19. Sebelum potong kek, rendam pisau panjang ke dalam air panas dalam 10 saat. Kesat dulu dengan kain@ tisu sebelum potong
20. Bahagian tepi tak perlu potong banyak. Agak-agak sahaja. Kalau untuk makan sendiri, tak potong pun xpe.
21.Yang ni dah siap potong. Kotor bahagian tepi papan lap je guna tisu. Jangan tunggu kek sejuk@ coklat dah cair baru nak potong, nanti potongan tak cantik bila coklat dah cair
22. Dah siap potong tepi. Boleh potong petak-petak pulak. Nak senang potong, tanda kat tepi kek anggaran setiap jarak. Ariana potong 7 melintang, 7 memanjang.
23. Untuk potongan petak ni, guna langkah yang sama untuk potong. Tip nak potong supaya coklat tak comot, tekan pisau kek sehingga rapat kek bawah. Walaupun keras jangan stop, nanti biskut pecah. Lepas tu tarik je pisau buat keluar. Jangan keluarkan pisau dengan cara tarik semula ke atas. Nanti coklat comot.
24. Jika masa potong nampak coklat dah cair. Masukkan semula dalam peti ais. Nanti coklat akan keras semula. Atau masa potong tu buat cepat-cepat supaya coklat tak cair.
Kredit: Ariana Sofia Ahmad
MENCARI PERKAKAS DAPUR DAN RUMAH YANG MEMUDAHKAN KERJADI RUMAH. JOM KLIK DI SINI.
Kek Tornado Chocolate Cheese Cake ‘Viral’ Yang Bikin Ketagih
https://www.rasa.my/kek-karamel-pelangi-kukus-lembut-di-tekak/
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source