Nampaknya tahun 2021 ini kita masih menghabiskan masa dirumah lebih-lebih lagi dengan situasi wabak COVID-19 yang memaksa rakyat Malaysia untuk duduk di rumah. Namun, sejak dua menjak ini banyak pula kes mengambil nyawa sendiri dilaporkan.
Ya, betul bukan mudah menyesuaikan diri dengan suasana kebiasaan baharu dan ada yang terasa ‘terpenjara’ di kediaman sendiri. Keadaan ini boleh memberi kesan kepada emosi dan tingkah laku jika tidak diurus dengan baik.
Berikut Remaja senaraikan antara drama-drama Korea yang memaparkan tentang isu kesihatan mental yang bagus untuk ditonton, dan sekaligus boleh hilangkan stress korang tu.
- It’s okay Not To Be Okay
Drama ini memaparkan isu kesihatan mental berkaitan PTSD, trauma, autistik dan tekanan. Moon Gang Tae semasa kecil merasakan dirinya dipinggirkan oleh ibu bapanya, kerana mereka lebih memberi perhatian lebih pada abangnya Moon Sang Tae yang merupakan individu autistik.
Apabila dewasa Moon Gang Tae bekerja sebagai jururawat di wad psikiatri dan mana kala abangnya bekerja sebagai pelukis illustrasi untuk buku kanak-kanak popular tulisan oleh Ko Mun Yeong. Ko Mun Yeong merupakan penulis buku cerita kanak-kanak terkenal, dirinya merupakan seorang yang anti sosial dan mempunyai masalah trauma kerana masa silamnya.
Ko Mun Yeong bertemu dengan Moon Gang Tae menerusi Moon Sang Tae dan dari situ bermulalah perjalanan kisah dongeng mereka.
2. It’s Okay, That’s Love
Jang Jae Yeol merupakan seorang penulis novel misteri dan juga seorang DJ radio yang popular. Disebalik senyuman manisnya tersembunyi personaliti yang berbeza.
Manakala Ji Hae Soo merupakan seorang doktor psikiatri yang sering berkongsi topik pengetahuan mengenai pemikiran penjenayah menerusi sebuah rancangan di televisyen.
Disebalik aura matang dan karisma yang ditonjolkan, dirinya mempunyai masalah peribadi sendiri. Menerusi program tersebut mereka berdua bertemu dan kemudian masing-masing cuba membantu merawat luka emosi yang dialami.
3. Soul Mechanic
Soul Mechanic menceritakan kisah Lee Si Joon, seorang psikiatri yang cuba menyembuhkan pesakitnya dengan pelbagai cara. Dia kemudian bertemu dengan pelakon muzik Han Woo Joo yang mengalami gangguan emosi.
Si Joon mengambil inisiatif untuk berada di sisi Woo Joo, untuk membantunya melupakan trauma masa lalunya. Dengan perhatian Si Joon, Woo Joo dapat menemukan kekuatan untuk memenuhi masa lalu. Dia juga mendapat kesembuhan dalam cintanya pada Si Joon.
4. Hyde, Jekyll, Me
Gu Seo Jin merupakan pewaris generasi ketiga yang menguruskan taman tema Wonder Land. Gu Seo Jin mempunyai rupa paras yang kacak, bijak dan kaya. Tetapi malangnya dirinya terlibat dalam satu kemalangan semasa kecil dan menyebabkan dirinya memiliki dua personaliti yang berlainan.
Disebabkan masalah yang dialami, dirinya berikrar untuk tidak berkahwin dan berpasangan dengan wanita. Tapi takdir menemukan dengan Jang Ha Na yang merupakan ketua pengurus di taman temanya. Menerusi pertemuan tersebut Ha Na jatuh cinta pada kedua-dua personaliti Seo Jin seperti Dr. Jekyll dan Mr.Hyde.
5. Flower Boy Next Door
Flower Boy Next Door berkisar tentang kehidupan Go Dok Mi , seorang gadis introvert yang menghabiskan hari-harinya di dalam pangsapuri, kerana dia menderita gangguan kecemasan sosial.
Namun, segalanya berubah apabila dia bertemu Enrique Geum. Dia tidak dapat mengelak daripada Enrique. Dok Mi mencabar dirinya untuk keluar dari rumah dan menangani masalah kesihatan mentalnya.
6. Good Doctor
Drama ini mengupas isu tentang autistik savant disorder yang sangat jarang berlaku dikalangan manusia dan juga menyentuh tentang isu penderaan mental dan fizikal yang dialami watak dalam drama. Berkisarkan tentang Park Shi On merupakan seorang doktor yang autistik yang dikenali sebagai savant disorder, dirinya mempunyai mentaliti kanak-kanak berusia 10 tahun.
Lihat bagaimana doktor Park Shi On menangkis pandangan negatif dan diskiminasi terhadap individu autistik dikalangan rakan sejawat dan masyarakat sekeliling dengan menampilkan kebolehan luar biasa yang dimilikinya.
7. The K2
https://www.youtube.com/watch?v=2-5M3DDfJ4o
Drama ini mengupas tentang isu psikologi, PTSD, anxiety, kemurungan, tertekan, dan fobia sosial. Tentang Kim Je Ha merupakan seorang bekas tentera yang dikenali sebagai ‘K2’ yang kemudian bertukar menjadi seorang pelarian kerana di tuduh membunuh teman wanitanya semasa dirinya berkhidmat di Iraq.
Demi meneruskan hidup, dirinya pulang ke Korea Joon. Kisah hidupnya kemudian semakin rumit apabila dirinya menjadi pengawal peribadi Go An Na, yang merupakan anak luar nikah presiden Jang Se Joon.
Go An Na mempunyai masalah psikologi dan anxiety sejak zaman kanak-kanaknya, kemudian dirinya mula berubah setelah berjumpa dengan Je Ha dan mereka berdua jatuh cinta dan hadapi pelbagai rintangan bersama.
8. Chocolate
Drama Korea Chocolate ini berkisar mengenai kehidupan Lee Kang dan Moon Cha Young yang mempunyai memori bersama ketika kanak-kanak. Keduanya bertemu semula selepas dewasa ketika ketika Lee Kang berjaya sebagai pakar bedah otak dan Moon Cha Young adalah tukang masak.
Setiap kali dia menghadapi situasi yang genting, Cha Young akan mengalami serangan panik sehingga dia pengsan.
9. SKY Castle
SKY Castle adalah drama Korea yang berlatarkan tentang kejiranan elit yang disebut SKY Castle. Terdapat empat keluarga yang sanggup melakukan apa sahaja untuk memastikan anak-anak mereka masuk ke universiti terbaik.
Salah satu perkara yang dipaparkan di SKY Castle adalah tekanan yang dihadapi oleh pelajar sekolah menengah untuk cemerlang dalam akademik. Dorongan yang kuat dari ibu bapa yang bercita-cita tinggi, menjadikan anak-anak mengalami gangguan kesihatan mental seperti kemurungan.
Selamat menonton dan jangan stress-stress okay!
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source