Pasangan dipercayai dibunuh, polis syak harta jadi punca


IPOH: Pasangan suami isteri ditemukan maut dipercayai dibunuh di kawasan kelapa sawit di Pantai Remis dekat Manjung.
Ketua Polis Manjung, Mohamed Nordin Abdullah, berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu pada 3.30 petang, daripada seorang lelaki yang memaklumkan bapa saudaranya bergaduh dengan adik lelaki serta isterinya, di sebuah kebun kelapa sawit.
“Kejadian disyaki berpunca daripada perebutan harta, yang menyebabkan berlakunya pergaduhan di antara kedua-dua mangsa dan suspek.
“Kedua-dua mangsa yang berumur dalam lingkungan 60-an ditemukan di dalam kawasan kebun kelapa sawit dan mayat mereka dihantar ke Unit Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh untuk bedah siasat, bagi mengetahui punca kematian,” katanya dalam kenyataan.
Nordin berkata suspek yang berumur dalam lingkungan 60-an ditahan dan akan dibawa ke Mahkamah Majistret Seri Manjung esok, bagi permohonan reman.
Kes dikelaskan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
“Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian tersebut untuk berhubung dengan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah IPD Manjung, ASP Ashazarul Khairi Ab Hamid, di talian 012-5087026 untuk membantu siasatan,” katanya.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source