Macam semua orang tahu, harini ialah Hari Lompat dimana Februari tahun ni bertambah sehari dalam 4 tahun.
Ni hanya untuk Kalendar Gregorian. Bagaimana pula dengan Kalendar Hijrah?
Perkenalkan, Kalendar Islam Tabular!
Kalendar ni merupakan salah satu cara pengiraan kalendar Islam selain daripada tengok anak bulan. Pengiraan bulan ditentukan oleh peraturan aritmetik.
Menariknya, ianya dibangunkan oleh ahli astronomi dan falak Islam awal abad kedua Hijrah. Sekarang, pengiraan kalendar Tabular ni khusus digunakan oleh sejarawan untuk tukar tarikh Islam kepada tarikh Masihi.
Kalendar Tabular ni digunakan oleh komuniti Ismaili dan Syiah sebab diorang percaya bahawa kalendar ni dibangunkan oleh Sayyidina Ali (ra). Semua Imam Fatimiyyah dan ulama’ diorang guna kalendar ni.
Jadi, bila hari lompat dia berlaku?
Setiap tahun ada 12 bulan. Bulan-bulan yang ganjil ada 30 hari dan bulan-bulan genap ada 29 hari. Umumnya, bulan Islam mengandungi 354 atau 355 hari bergantung kepada tahun lompat.
Hari lompat ditambah pada bulan ke-12 iaitu Dzulhijjah menjadikannya 30 hari.
Berapa tahun sekali terjadi tahun lompat ni?
Disini ada banyak pendapat berkenaan peraturan ni. Paling biasa, dalam kitaran 30 tahun akan terjadinya 11 kali tahun lompat.
Purata hari untuk 30 tahun ialah 354 11/30 hari. Kalau setahun tu ada lebih setengah hari atau 15/30 hari, hari lompat akan ditambah pada tahun tersebut.
Peraturan ni akan membuatkan tahun lompat terjadi pada tahun ke-2, 5, 7, 10, 13, 16, 18, 21, 24, 26 dan 29 dalam kitaran 30 tahun.
Selain kitaran 30 tahun, Kalendar Tabular ni juga dikira dalam kitaran 8 tahun. Tahun ke-2, 5 dan 8 dijadikan tahun lompat.
Kitaran 8 tahun ni digunakan di Empayar Uthmaniyyah dan di Asia Tenggara. Kitaran 8 tahun ni dapat hasilkan bilangan minggu secara tepat menjadi 405 minggu dalam 8 tahun, puratanya pula sebanyak 4.21875 minggu sebulan.
Dulu di Indonesia pada awal abad ke-20, kitaran 8 tahun ditetapkan semula menjadi kitaran setiap 120 tahun. Ia menghasilkan purata panjang bulan yang sama dengan yang digunakan dalam kitaran 30 tahun.
Kalau diikutkan, Kalendar Islam Tabular ni tak sempurna dan menyimpang daripada kalendar berasaskan cerapan dalam jangka pendek atas pelbagai sebab.
Jadinya, kita di Malaysia, penentuan awal bulan Hijrah dibuat secara rukyah dan hisab dengan menggunakan kriteria Imkanur-rukyah. Senang kata, kita buat perkiraan mengikut data dan tengok anak bulan.
Kalau hitungan pada hari ke-29 setiap bulan hijriah memenuhi syarat Imkanur-Rukyah, maka keesokan harinya adalah awal bulan baru. Sebaliknya jika ia tak memenuhi syarat Imkanur-Rukyah, maka bulan itu akan menjadi 30 hari.
Oleh: Azizul Farhan
___
Nak tahu bagaimana Zaman Keemasan Islam ketika Dinasti Abbasiyyah dan Umayyah di Sepanyol menjadi pusat penyebaran ilmu dunia?
Jangan lupa dapatkan KITAB TAMADUN ISLAM sementara stok masih ada!
https://shope.ee/7AEiV1lQvL
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source