Pelaburan

PRK Kuala Kubu Baharu: Urimai tak letak calon bebas, sokong pembangkang

7eeb01f3 satees muniandy screengrab new 260324
rumahkabin black
7eeb01f3 satees muniandy screengrab new 260324
Satees Muniandy berkata ada pandangan daripada pimpinan di Selangor mencadangkan seorang anak tempatan menjadi calon bebas dari parti itu pada PRK Kuala Kubu Baharu.

PETALING JAYA: Parti Bersepakat Hak Rakyat Malaysia (Urimai) tidak akan meletakkan ahlinya sebagai calon Bebas pada PRK Kuala Kubu Baharu, sebaliknya menyokong wakil pembangkang.

Setiausaha Jawatankuasa Interimnya Satees Muniandy berkata dalam mesyuarat sebelum ini ada pandangan daripada pimpinan di Selangor mencadangkan seorang anak tempatan menjadi calon Bebas memandangkan pendaftaran parti itu belum diluluskan Pendaftar Pertubuhan.