Lambakan jenama fesyen yang mengeluarkan koleksi lebaran saban tahun membuatkan lebih ramai pereka fesyen memerah keringat kreatif bagi mencipta rekaan baharu lagi segar.
Salah seorang pereka yang mempunyai pengalaman mendalam bagi mendapatkan ilham di luar kotak setiap kali tiba musim perayaan Aidilfitri tidak lain tidak bukan ialah Pengarah Kreatif dan Pengasas jenama BEHATI, Kel Wen.
Tidak sah rasanya jika catitan mengenai koleksi Aidilfitri tidak menyentuh buah tangan terkini daripada BEHATI dan tahun 2024 sebegitu juga.
Kel Wen ketika dihubungi REMAJA berkongsi serba sedikit mengenai koleksi lebaran yang dinamakan S U C I.
Apakah pembaharuan untuk koleksi lebaran BEHATI tahun ini?
Tahun ini, BEHATI ingin kembali ke arah asal kami dengan memberi fokus kepada fesyen itu sendiri. Oleh itu jika korang perasaan, kami tidak melantik mana-mana selebriti mahupun pempengaruh sebagai muse BEHATI pada tahun ini untuk memberi tumpuan sepenuhnya kepada helaian koleksi S U C I.
Jika pada tahun-tahun sudah, rata-rata kempen lebaran BEHATI akan menjemput selebriti dan pempengaruh untuk mewarnainya. Kali ini, saya memperoleh ilham daripada gabungan elemen kebaratan dalam busana tradisional masyarakat Melayu. Rata-rata helaian bersifat clean lines, ringkas dan bermain dengan siluet pada tubuh si pemakai.
ARTIKEL BERKAITAN: Trend ‘Samping Instant’ Kembali Hangat Raya 2024, 3 Pereka Fesyen Ini Mudahkan Pemakai Lelaki – REMAJA
Bagaimana elemen kebaratan boleh diekstrak sebagai persalinan Aidilfitri?
Kata kunci terletak pada gaya minimal. Kali ini, saya cuba gabungkan potongan suiting dengan elemen Baju Melayu yang sinonim dengan kita semua. Oleh itu, bahagian bahunya lebih berstruktur, bahagian pinggangnya ada yang mengikut bentuk ukur lilit.
Begitu juga dengan pilihan fabrik serta rona yang sedondon dari bahagian baju, seluar dan samping; mirip persalinan sut lelaki di negara-negara Barat. Jika diperhatikan pada zaman penjajahan dahulu pun, masyarakat Melayu sudah pun terbuka untuk menerima pengaruh Barat dalam soal berpakaian.
Idea kali ini saya tidak rasakan membelakangi adat berpakaian masyarakat Melayu. Sebaliknya, ia merupakan gabungan yang tidaklah keterlaluan dan yang penting, masih mengekalkan kesopanan pemakai.
Salah satu helaian yang diperkatakan orang ramai adalah Baju Melayu berskala mega anda. Kongsikan idea di sebaliknya.
Ya! Saya banyak menerima pertanyaan adakah persalinan tersebut jatuh dalam kategori jubah atau ‘gaun lelaki’. Bagi saya, ia merupakan Baju Melayu bersaiz XXXXXL mengikut sizing proportion sebenar dalam fesyen. Saiz tersebut cukup-cukup untuk dijadikan sebagai persalinan persis jubah lelaki… atau wanita. Terpulang kepada siapa yang teringin untuk memakainya.
BEHATI dahulu mulai tular disebabkan Baju Melayu oversize. It is only right to extend the meaning behind ‘oversize’. Tujuan kami memperkenalkan Baju Melayu XXXXXL ini adalah untuk mengajak pencinta fesyen untuk melihat tradisi dalam konteks yang lebih luas daripada kebiasaan.
Semua tahu pengikut BEHATI terdiri daripada mereka yang daring, yakin dan ingin stand out berbanding mereka di sekeliling. Sebab itulah mereka tidak pernah terlepas daripada mendapatkan persalinan lebaran dari BEHATI. Oleh itu, rekaan Baju Melayu XXXXXL ini adalah khas buat mereka.
It is a conversational starter. Bahagian hadapannya lengkap dengan ‘poket’ Baju Melayu berskala besar. Lengan pemakai pula akan muncul dari bahagian slit di sisi. Jika mereka ingin mengambil OOTD for the gram, boleh sahaja mereka memegang batang kayu di bahagian dalam seperti yang kami pertontonkan dalam imej kempen.
Bagaimana pula dengan rekaan Baju Melayu tanpa lengan anda?
Saya akui, ini merupakan stail baharu yang BEHATI cuba kehadapankan tahun ini. Ia dinamakan sebagai Baju Melayu Bujang dan didatangkan dengan seluar berfabrik songket.
Ia diinspirasikan oleh lelaki bujang, seperti saya, yang lebih selesa dengan gaya ringkas bersinglet dan berseluar labuh atau bersarong di rumah. Oleh itu, Baju Melayu Bujang adalah interpretasi saya untuk gaya di dalam rumah yang boleh dibawa ke luar rumah.
This wearer is definitely the life of a party. It is loud, fun and charismatic. Bagi saya, fesyen itu tidak perlu terlalu serius. Asalkan persalinan itu menutupi bahagian yang perlu, bagi saya ia tetap sopan untuk digayakan.
***
Koleksi S U C I oleh BEHATI (drop 1 & 2) kini boleh didapati di laman web rasminya. BEHATI turut terlibat dalam beberapa acara jualan Aidilfitri termasuklah di acara StarVendor, Absolut Bazaar dan di perkarangan Starhill Kuala Lumpur.
FOTO: BEHATI
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source