PAC panggil 3 bekas pegawai tinggi LTAT berkait rizab 2022


PETALING JAYA: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan memulakan prosiding membabitkan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) pada 20 Jun depan dengan memanggil tiga bekas pegawai atasannya.
Pengerusi PAC Mas Ermieyati Samsudin dalam satu kenyataan berkata mereka yang akan dipanggil adalah bekas pengerusi Raja Affandi Raja Noor, bekas CEO Ahmad Nazim Abd Rahman dan bekas pengarah kanan strategi Dayana Rogayah Omar.
Ketiga-tiganya meletak jawatan di antara 31 Jan hingga 19 Feb lalu.
Sebelum ini, Mas Ermieyati yang juga Ahli Parlimen Masjid Tanah dilaporkan berkata PAC tidak menolak memanggil Menteri Pertahanan Mohamed Khaled Nordin dan tiga bekas pegawai atasan LTAT selepas rizab agensi itu dilaporkan berbaki negatif pada 2022.

Pada 6 Mac lalu, Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Tahun 2022 mendedahkan rizab LTAT dilaporkan berbaki negatif RM0.338 bilion pada 2022.
Katanya, LTAT merekodkan keuntungan bukan tunai sebanyak RM0.189 bilion yang digunakan sebagai asas untuk pembayaran dividen tahun 2022 kepada pencarum.
Agensi persekutuan itu juga dilaporkan tidak membuat penjejasan nilai terhadap pelaburan dalam syarikat subsidiari berjumlah RM0.812 bilion.
Mas Ermieyati berkata PAC juga akan mengadakan prosiding membabitkan perolehan Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (NIISe) selepas Aidilfitri, namun tarikhnya belum ditetapkan.
“PAC memutuskan untuk memulakan prosiding ini berikutan jawatankuasa terkesan dengan keputusan Mahkamah Tinggi memerintahkan kerajaan membayar sejumlah RM231.5 juta kepada sebuah syarikat atas penamatan kontrak bagi projek Sistem Keselamatan Imigresen Nasional Negara (SKIN) yang kini dikenali sebagai NIIse.
“Saksi daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Cybersecurity, vendor-vendor berkaitan dengan sistem ini termasuk SKIN akan dipanggil,” katanya.
Stay current – Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source