Gangguan elektrik, IOI City Mall Putrajaya tutup hari ini


PETALING JAYA: Pusat beli-belah IOI City Mall di Putrajaya terpaksa ditutup hari ini susulan gangguan bekalan elektrik yang berlaku sejak pagi tadi.
IOI City Mall dalam satu kenyataan di Facebook berkata Tenaga Nasional Berhad (TNB) sedang mengenalpasti beberapa masalah dan kerosakan yang menyebabkan gangguan bekalan elektrik tersebut.
“Bagaimanapun, TNB tidak dapat memberi jaminan bila bekalan elektrik dapat dipulihkan susulan isu kerosakan yang kompleks.
“Oleh sebab itu, demi kepentingan semua penyewa premis dan pelanggan, pasar raya kami tidak dapat beroperasi hari ini,” katanya.
Sementara itu, TNB dalam satu hantaran di X berkata, setakat jam 4 petang tadi pihaknya masih menjalankan kerja-kerja baik pulih kabel yang mengganggu bekalan elektrik ke IOI City Mall.
Bagaimanapun, kenyataan itu tidak memaklumkan bila kerja-kerja itu akan selesai dan bila bekalan elektrik ke pusat membeli belah popular itu dapat dipulihkan.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source