Akaun TikTok Adira Suhaimi disekat

Penyanyi Adira Suhaimi meluahkan rasa kecewa apabila akaun TikTok yang menggunakan nama @adira.suhaimi telah disekat serta merta, baru-baru ini.
Kata Adira, dia terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada akaun tersebut yang merupakan platform untuk mencari rezeki selama ini namun, reda dengan apa yang terjadi.
Akaun TikTok
Artikel lain: Adira tetap bagi sokongan kepada suami -“Selagi dia mahu berusaha”
“Selamat tinggal, akaun inilah punca rezeki Ami selama ini, jangan lupa follow akaun baru Ami te,” ujarnya.
Adira atau nama sebenarnya Siti Adira Suhaimi memberitahu perkara tersebut menerusi akaun TikTok baharunya, @adirasuhaimi._.
Sehingga kini, akaun baharunya itu diikuti lebih 45,000 pengikut selepas sehari dicipta.
Akaun TikTok
Jom support Adira!
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan rasa simpati terhadap apa yang berlaku dan bersepakat mengikuti akaun TikTok terbaharu penyanyi yang berusia 33 tahun tersebut.
Semoga urusan Adira dipermudahkan!
Bukan itu sahaja, ramai yang mendoakan agar urusan Adira dipermudahkan selalu selain diberikan kekuatan dalam mengharungi dugaan yang menimpa suaminya, Datuk Red, baru-baru ini.
Terdahulu, Datuk Red mengakui dia telah ditanggung Adira sejak 2019 gara-gara muflis dan tidak mempunyai pekerjaan tetap untuk mencari pendapatan.
Sekadar info, Adira dan Datuk Red mendirikan rumah tangga pada 3 Disember 2015 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat cahaya mata.
Sumber: TikTok @adirasuhaimi._
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source