Napoleon sememangnya pernah bertempur dengan Uthmaniyah, tetapi Maharaja Perancis ni tak pernah bercadang nak menakluk Uthmaniyah keseluruhannya.
Napoleon Bonaparte terlibat dalam peperangan dengan Empayar Uthmaniyyah apabila beliau menakluk Mesir pada 1798.
Uthmaniyah terpaksa menghadapi kekalahan berturut-turut semasa pertempuran di Piramid, Abukir dan Gunung Tabor di tangan Bonaparte.
Pertempuran Gunung Tabor dikenal sebagai penghinaan terbesar yang sering dilupakan terhadap kekuatan tentera Uthmaniyah.
Pasukan Uthmaniyah terdiri dari tentera Sipahi, Mumalik dan kelas-kelas pejuang yang berani tetapi ketinggalan zaman.
Dari subuh hingga lewat petang, seorang jeneral Napoleon bernama Kléber bertahan di dalam kubu parit menentang setiap serangan pasukan Uthmaniyah di bawah al-Azm Pasha.
Korban di pihak Uthmaniyah semakin meningkat, tetapi tenteranya berjaya mengecilkan kekuatan pasukan Perancis sehingga beliau yakin mampu menghadapi mereka.
Selepas sepuluh jam bertempur, tentera Kléber mula penat, dahaga dan kekurangan senjata api dan peluru.
Ketika itulah Napoleon tiba dengan kira-kira 2,000 askar bantuan yang mungkin tak cukup untuk menandingi jumlah tentera Uthmaniyah tetapi cukup untuk alihkan perhatian mereka dengan menghantar beberapa ratus orang untuk menjarah kem Uthmaniyah.
Abdullah Pasha al-Azm ingat pasukan kecil Napoleon tu adalah barisan hadapan tentera yang lebih besar, jadi beliau mula panik.
Beliau perintahkan pengunduran secara penuh dan pada saat itu juga, dua pasukan Perancis menyerang pasukan Uthmaniyah yang cuba berundur. Pengunduran Uthmaniyah yang teratur berubah menjadi huru hara.
Sekitar 6,000 tentera Uthmaniyah terbunuh dan 500 lagi ditawan, berbanding hanya dua orang tentera Perancis yang mati dalam serangan ni.
Tentera Perancis dengan jumlah sekitar 4,500 orang bertempur dengan tentera Uthmaniyah yang berjumlah lebih dari 30,000 orang, dan Perancis bukan sekadar menang, tetapi hanya mencatatkan dua korban kematian di pihaknya.
Itu adalah penghinaan yang dahsyat bagi Sultan Selim III dan kemenangan agung yang memungkinkan Napoleon meneruskan pengepungan Acre walaupun dia akhirnya gagal.
Salah satu punca pengepungan Acre gagal disebabkan tentera Perancis diserang wabak Bubonik yang menyebabkan ramai antara mereka terkorban.
Kekalahan Perancis di Acre memaksa Napoleon berundur kembali ke Perancis meninggalkan tenteranya yang terperangkap di Mesir.
Selepas kempen ketenteraan yang merugikan tersebut, hubungan antara Empayar Uthmaniyah dan Perancis meningkat disebabkan tak ada pertembungan antara kedua-dua negara.
Perancis dan Napoleon pun lebih tertumpu menumpaskan musuh berhampiran sempadan Perancis seperti Austria, Prussia, Rusia dan sudah tentu, United Kingdom.
Oleh: Azizul Farhan
___
Berminat dengan sejarah Uthmaniyah? Nak tahu tentang sosok Sultan Muhammad Al-Fateh, dengan lebih dekat? Dapatkan buku “Al-Fatih: Penakluk Agung” di Shopee The Patriots:
https://shope.ee/AUWOEHrbWG
Atau di Website kami:
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source