Kastam rampas gelung besi RM2.2 juta


SEPANG: Kastam merampas 82 gelung besi untuk pembinaan seberat 323,278kg bernilai RM2.2 juta termasuk duti import di sebuah gudang di Pelabuhan Barat, Pelabuhan Klang.
Penolong Ketua Pengarah Kastam (Zon Tengah Selangor), Norlela Ismail, berkata serbuan menerusi Ops Bersepadu, pada 19 Mac, dilakukan kira-kira 11.45 pagi.
“Hasil pemeriksaan mendapati premis itu menyimpan dagangan besi yang diimport dari sebuah negara di Asia Timur. Pengimport gelung besi berkenaan didapati membuat ikrar tidak benar bagi bahan dagangan itu yang diimport untuk kegunaan sektor pembinaan.
“Semakan terhadap dokumen-dokumen pengimportan disyaki wujud cubaan untuk menyeleweng duti dan cukai terlibat. Semua bahan dagangan berkenaan disita untuk siasatan lanjut,” katanya pada sidang media.
Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 133 (1)(a) Akta Kastam 1967 iaitu membuat pengikraran tidak benar.
Dalam kes berasingan, Norlela berkata pihaknya turut merampas 1,362.27 liter minuman keras disyaki tidak berkastam di sebuah premis di Bandar Saujana Putra, Jenjarom, Selangor, pada 14 Mac.
Beliau berkata, serbuan kira-kira 8 malam itu dilakukan hasil pemerhatian dan pemeriksaan rapi oleh sepasukan anggota daripada bahagian penguatkuasaan Zon Tengah Unit III.
“Modus operandi sindiket ini ialah dengan menyembunyikan pelbagai jenis minuman keras disyaki tidak berkastam dalam bilik rahsia di premis itu.
“Selain itu, pemeriksaan turut menemukan 800 setem kastam disyaki palsu yang masih belum digunakan selain setem yang telah ditampal pada botol-botol minuman berkenaan,” katanya.
Susulan itu, katanya seorang lelaki tempatan berusia 38 tahun ditahan bagi membantu siasatan di bawah Akta Kastam 1967 dan Akta Eksais 1976.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source