Sebelum tersebarnya ajaran Kerajaan Langit Ayah Pin, telah wujud sebuah ajaran yang menjadi pelopor terhadap ajaran tu yangbernama ajaran Hassan Anak Rimau.
Hassan Anak Rimau ni salah satu nama ajaran ni. Antara nama lainnya ialah Ratib Kuat Tok Ayah Hassan, Ilmu Isi, Tarekat Batin Pak Chu Hassan, Zikir Kuat Haji Hassan, Ilmu Hakikat,dan Ilmu Sejati.
Ajaran ni sebenarnya bercampur aduk dah macam rojak dengan kepercayaan Animisme, Batiniah, konsep Nur Muhammad, dan Wandatul Wujud.
Asal muasal ajaran ni diasaskan oleh Hassan bin Yaakob pada 1980 di Kampung Bukit Mas, Tanah Merah. Hassan ni memang takde pendidikan agama, nak cakap alim pun jauh sekali.
Hassan dakwa yang dia ambik ajaran ni dari Tuan Guru Haji Husin Padang Tok La Pasir Mas yang merupakan seorang tokoh agama yang dihormati oleh masyarakat setempat. Tuan Guru Haji Husin sendiri siap menafikan perkara ni.
Macam mana sebenarnya ajaran ni berkembang?
Ajaran ni dikembangkan oleh Hassan pada mulanya dipopularkan melalui cara bomoh. Kemudian orang-orang yang menjadi pelanggannya diajak menyertai kegiatan meratib kuat. Katanya, meratib kuat ialah cara bagi mengubati satu-satu penyakit.
Ajaran dan kegiatan meratib yang dilakukan secara kuat sehingga larut malam pada satu-satu tempat menimbulkan gangguan dan kegelisahan kepada masyarakat tempatan.
Antara penyelewengan yang dibuat ajaran ni termasuklah amalan nikah batin yang berasal dari kumpulan Syiah Batiniah.
Selain tu, ajaran ni mendakwa bahawa diri kita sendiri ialah Tuhan. Hassan ni siap mengaku yang dia mikraj sampai ke “sebelah sana” (Sidratul Muntaha), dan apabila ditanya adakah dia melihat Tuhan, maka jawabnya: “Tuhan itu adalah kita sendiri”.
Memang dah level-level alam sebalik mata. Cara solat mereka dinamakan sebagai “Sembahyang Hakikat” dengan hanya memejamkan mata selama 2 minit.
Ajaran ni dakwa tidak sah keislaman seseorang Muslim kalau tidak diislamkan oleh guru ajaran ini. Perkahwinan pun katanya tak sah. Pasangan suami isteri yang baharu memasuki kumpulan ajaran ni kena dikahwinkan secara batin oleh Tok Guru.
Hassan ni mengaku katanya anak kunci Syurga berada di tangannya sahaja.
Berapa ramai pengikut ajaran ni? Jumlah pengikut keseluruhan dianggarkan mencapai 2,000 orang. Dan antara penyambung “legasi” ajaran ni ialah Ayah Pin serta pasangan suami isteri Mohamad bin Ya dan Kamariah bt Ali yang sebenarnya merupakan kelulusan Azhar dan pernah jadi guru agama di Perak.
Pada 1981, Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu dan Jemaah Ulamak Majlis Ugama Islam Kelantan dah fatwakan yang ajaran Hassan Anak Rimau ni sememangnya menyeleweng dan sesiapa yang amal wajiblah bertaubat kembali.
Sebab itulah anda kena dapatkan BERAKAL DALAM BERAGAMA. Buku ni akan buka mata anda supaya anda lebih faham tentang agama dan tidak membuta tuli semata-mata dengan kata sains adalah sihir. Dapatkan segera dengan DISKAUN di Shopee kami:
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source