Pembakar al-Quran ditahan di Norway


OSLO: Seorang pelarian Iraq di Sweden yang mencetuskan kemarahan antarabangsa kerana membakar al-Quran tahun lalu ditahan di Norway dan kini berdepan pengusiran semula ke Sweden.
Salwan Momika, rakyat Iraq beragama Kristian yang membakar al-Quran ketika beberapa bantahan di Sweden sepanjang musim panas lalu, memberitahu AFP minggu lalu dia meninggalkan Sweden untuk ke Norway di mana dia merancang memohon suaka.
Menurut penghakiman Mahkamah Daerah Oslo, Momika ditahan pada 28 Mac iaitu sehari selepas tiba di bandar itu.
Selepas perbicaraan pada 30 Mac, mahkamah memutuskan menahan Momika selama empat hari sementara menunggu permohonan Direktorat Imigresen Norway ke Sweden supaya dia dipulangkan ke negara itu seiring perundangan Kesatuan Eropah (EU).
Menurut keputusan mahkamah itu “pengusiran akan berlaku sebaik aturan formal dan praktikal diselesaikan.”
Polis memohon supaya dia ditahan dalam tempoh itu dengan memetik undang-undang migrasi negara berkenaan yang mengandaikan seorang warga asing akan cuba mengelak pelaksanaan perintah pengusiran.
Tindakan Momika membakar al-Quran mencetuskan kemarahan masyarakat Islam dunia.
Penunjuk perasaan menyerbu kedutaan Sweden di Baghdad dua kali pada Julai termasuk menyebabkan kebakaran di pekarangannya.
Kerajaan Sweden mengecam perbuatan itu, tetapi menegaskan undang-undang negara berkenaan mengenai hak kebebasan bersuara dan berhimpun masih mengatasi.
Agensi risikan Sweden meningkatkan tahap amaran keganasan pada pertengahan Ogos susulan kemarahan yang dicetuskan akibat kejadian itu.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source