Pada bulan September 1995, dunia telah digemparkan dengan penemuan tiga mumia yang dikeluarkan dari puncak gunung berapi Llullaillaco yang terletak di sempadan antara Argentina dan Chile.
Menurut ahli arkeologi bernama Johan Reinhard bersama pembantu bernama Miguel Zarate, keadaan ketiga-tiga mumia itu dalam keadaan baik. Rupa tidak reput, rambut masih lagi rapi, dan pakaian tidak reput. Seolah-olah mereka bertiga ini sedang tidur!
Apakah ketiga-tiga mumia ini masih hidup?
Pertama sekali, kita kenal serba-sedikit pasal tiga mumia ini. Menurut rekod penggalian, ketiga-tiga mumia ini ialah adik-beradik dari zaman empayar Inca, kira-kira 500 tahun dulu.
Mumia pertama yang bernama Momia Juanita ialah gadis sulung yang berusia 15 tahun. Manakala dua lagi mumia ialah adik lelaki dan perempuan yang berusia sekitar 4-5 tahun. Kedua-duanya digelar nama ‘Llullaillaco Boy’s dan ‘Llullaillaco Girl’.
Ketiga-tiga mumia ini ditanam bersama berapa harta seperti emas, perak, kerang, tekstil, periuk berisi makanan dan topi tradisional yang diperbuat oleh bulu putih dari spesis burung tidak diketahui.
Penemuan ini menggemparkan dunia arkeologi sampaikan ramai pengkaji merebut untuk memulakan kajian ke atas mumia tersebut, termasuklah kumpulan saintis yang diketuai oleh Dr. Andrew Wilson dari Universiti Bradford, United Kingdom.
Dr. Andrew cuba membongkar perjalanan hidup ketiga-tiga mumia ini melalui analisa kimia ke atas rambut mereka. Dari analisa tersebut, mereka boleh tahu apa jenis makanan yang telah adik-beradik makan sebelum dimakam.
Keputusannya menunjukkan bahawa ketiga-tiga mumia ini ialah anak-anak petani, berdasarkan pengambilan makanan berasaskan sayur-sayuran. Tapi yang mengejutkan mereka ialah terdapat makanan lain seperti daging, jagung, dan daun koka.
Ketiga-tiga makanan ini biasa kita temui tapi tidak bagi mereka yang hidup dalam empayar Inca. Daging, jagung, dan daun koka ialah makanan terkawal dan hanya golongan elit saja yang menikmatinya. Ditambah lagi daun koka, yang biasanya menghasilkan dadah kokain dijadikan sebagai ‘ubat’ dalam acara ritual.
Dengan kehadiran ketiga-tiga makanan ini, barulah kumpulan Dr. Andrew tahu apa sebenarnya terjadi kepada adik-beradik ini. Tiga adik-beradik petani ini diangkat status dan diajak menikmati gaya hidup golongan elit dengan memakan daging dan jagung sepuas-puasnya.
Sebenarnya, mereka terpilih sebagai korban dalam ritual keagamaan bernama ‘Capacocha’, iaitu ritual pemberian kepada dewa-dewi untuk mengelak bencana. Kanak-kanak yang dikorbankan dipercayai menjadi pendamping dewa-dewi.
Jadi, mereka bertiga yang dicalonkan sebagai korban akan memakan makanan sedap selama berbulan-bulan. Masuk ke hari ritual, mereka bertiga pergi ke puncak Gunung Llullaillaco yang jauhnya ratusan kilometer.
Sepanjang perjalanan, mereka diberi makan daun koka sebagai ‘ubat bius’. Sampai ke tempat ritual, adik-beradik ini tertidur dan dimakamkan bersama-sama harta ritual.
Keadaan mumia yang begitu baik itu sebenarnya diawet secara semula jadi, bukan buatan manusia seperti orang Mesir mumiakan mayat. Suhu puncak gunung yang begitu sejuk ‘memelihara’ mayat adik-beradik petani ini sampailah ditemui semula oleh saintis.
Inilah kisah mumia wanita Inca yang telah membeku selama 500 tahun. Begitu hebatnya alam memelihara mayat ini sampai kita mampu mengetahui kisahnya melalui mumia yang terpelihara ini!
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source