Peperangan Badar Al-Kubra berlaku pada tahun ke-2 Hijrah. Peristiwa ini dikatakan amat penting bagi umat Islam kerana ianya merupakan pertempuran pertama dalam Islam. Punca kepada peperangan ini berlaku kerana pihak Kafir Quraish telah bertindak merampas kesemua harta yang ditinggalkan kaum Muslimin di Mekah dan menjualnya di Syam.
Perkara ini sampai ke pengetahuan Rasulullah SAW. Sebelum tercetusnya Pertempuran Badar Al-Kubra, telah tercetus beberapa pertempuran kecil antara pasukan Kafir Quraish dan pihak Muslimin selepas daripada penggarisan sempadan negara Islam Madinah.
Tetapi, kali ini Rasulullah SAW benar benar bertekad menghalang kafilah Quraish yang melintasi Madinah ke Syam. Bahkan Para Sahabat turut memberi sokongan penuh kepada Rasulullah SAW dengan mengatakan “Kami tidak akan mengatakan seperti perkataanya Bani Israil iaitu,
فَٱذۡهَبۡ أَنتَ وَرَبُّكَ فَقَٰتِلَآ إِنَّا هَٰهُنَا قَٰعِدُونَ
“Pergilah engkau bersama Tuhanmu dan perangilah mereka dan kami duduk dan tunggu disini.” (Surah Al-Maidah : 24)
Abu Sufyan bin Harb mengambil keputusan menghindari laluan kebiasaan kafilah menuju ke Mekah dengan mengambil laluan di persisiran pantai Laut Merah. Perkara ini sampai ke pengetahuan Abu Jahal.
Abu Jahal telah membawa pasukan Quraish yang lengkap bersenjata seramai 1 000 orang lengkap dengan peralatan ketenteraan. Manakala di pihak kaum Muslimin, pasukan Islam pada ketika itu hanya berkekuatan seramai 313 orang. Namun, perkara ini tidak sedikitpun menggentarkan hati mereka.
Pasukan Muslimin tiba terlebih dahulu di Badar pada tahun kedua Hijrah, bersamaan 17 Ramadhan bersamaan 624 Masihi. Badar terletak diantara Mekah dan Madinah dan merupakan kawasan lembah air bagi persinggahan mana mana kafilah.
Pasukan Islam telah menguasai kesemua sumber air di sekitar Badar. Pasukan Kafir Quraish kemudiannya tiba di Badar. Mengikut adat, perlawanan bermula dengan mubariz (satu lawan satu). Pihak Quraish mengeuarkan jaguhnya iaitu Uthbah bin Rabi’ah, Shayba Ibn Rabi’ah dan Walid bin Utbah.
Cabaran ini awalnya disambut oleh golongan Ansar. Namun, mereka ditolak oleh pihak Quraish dan menginginkan kaum mereka juga. Justeru, Sayyidina Hamzah Asadullah, memanggil dua nama iaitu Sayyidina Ali bin Abi Talib Karamallahu Wajhah dan Sayyidina Ubaydah Al-Harith.
Perlawanan berlaku dengan sengit antara kedua belah pihak. Sayyidina Hamzah dan Ali berjaya menewaskan lawannya, namun Sayyidina Ubayda Al-Harith tercedera dalam perlawanan ini dan kemudiannya beliau syahid disebabkan luka parah ini.
Genderang perang kemudiannya dipalu dan pertempuran bermula. Pedang mula menari mengikut alunan tuannya. Pedang bertingkah kuda berlari. Dalam pertempuran ini terdapat beberapa pemimpin utama Quraish iaitu Abu Jahal, Umayyah bin Khalaf dan Amr bin Hisyam.
Kesemuannya tewas dalam pertempuran ini. Melihat kepimpinan mereka tewas, pasukan Kafir Quraisy mula melarikan diri meninggalkan medan pertempuran. Akhirnya, pertempuran ini dimenangi dengan muktamad oleh pasukan Muslimin.
Tawanan Perang Kafir Quraish pula diberi pilihan, jikalau berharta boleh menebus diri. Jika tidak kaya tetapi mempunyai pengetahuan perlu mengajar anak anak Ansar membaca dan menulis dan jikalau tidak mampu juga cukup sekadar berjanji untuk tidak memerangi kaum Muslimin dan akan dibebaskan dari tahanan.
Kemenangan ini dicatatkan sebagai sebuah kemenangan yang besar bagi umat Islam dan menandakan berdirinya negara Islam Madinah.
Oleh : Muqri Nizam
—
Nak tahu lebih lanjut tentang Sejarah Islam? Dapatkan buku “Kitab Tamadun Islam” yang boleh didapati di Shopee The Patriots.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source