Tiada rencana buka hubungan dengan Israel, Indonesia sangkal laporan


PETALING JAYA: Kementerian Luar Negeri Indonesia sangkal laporan media Israel yang mendakwa Jakarta mungkin akan menormalkan hubungan dengan Tel Aviv dalam usaha untuk menyertai Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD).
Jurucakap kementerian, Lalu Muhamad Iqbal, berkata Indonesia tiada rencana untuk membuka hubungan diplomatik dengan Israel, “terlebih di tengah situasi kekejaman Israel di Gaza saat ini,” lapor Kumparan News.
“Kedudukan Indonesia tidak berubah dan tetap kukuh mendukung kemerdekaan Palestin dalam kerangka ‘penyelesian dua negara’,” beliau dipetik sebagai berkata.
Penyelesaian yang diperkatakan itu merupakan cadangan untuk menangani konflik Israel-Palestin dengan mewujudkan dua negara merdeka iaitu Israel dan Palestin.
Terdahulu, akhbar Times of Israel melaporkan bahawa Indonesia mungkin akan menormalkan hubungan dengan Israel, dalam usaha untuk menyertai OECD, sebuah pertubuhan antarabangsa yang dianggotai 38 negara termasuk Israel.
Ia memetik dakwaan seorang pegawai rejim yang tidak dinamakan, yang mengesahkan laporan akhbar Yedioth Ahronoth tentang perbincangan rahsia antara Tel Aviv, Jakarta, dan Setiausaha Agung OECD, Mathias Cormann.
Laporan itu muncul hampir sebulan selepas pegawai Presiden Joko Widodo menyangkal spekulasi kononnya Indonesia merancang untuk membuka hubungan dua hala dengan Israel.
Pada 4 Feb lepas, Nikkei Asia melaporkan Israel membantah proses menambah Indonesia ke dalam OECD, susulan kritikan Jakarta terhadap serangan tentera rejim itu di Gaza, memetik sumber-sumber diplomatik.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source