Seawal usia 8 bulan, anak manusia mengalami satu perkembangan mental yang membolehkannya mula meneroka alam kategori. Ini usia terawal bayi mula cuba kenal lebih mendalam setiap satu benda yang wujud di sekelilingnya + perbezaan/ciri unik setiap benda + dalam kumpulan manalah benda tersebut boleh di masukkan.
Anda fikir, bagaimanakah anak manusia boleh bezakan:
- Kucing mainan VS kucing sebenar itu sama tapi tak serupa? 🐱🐈
- Bayam VS pisang itu kedua-duanya makanan tetapi memiliki tekstur dan rasa yang berbeza? 🍌🥦
- Anjing bertompok hitam putih VS lembu bertompok hitam putih itu lain spesis walau keduanya ada tompok yang sama, empat kaki dan ekor?🐄🐕
Ia memang suatu pelajaran yang RUMIT!..namun WAJIB di kuasai oleh semua bayi bermula usia 8 bulan untuk membolehkannya faham tentang dunia ini.
Bagaimana cara bayi belajar tentang kategori?
❤ Bayi akan berminat dengan semua benda yang ada di depan matanya tanpa sedar samada perkara itu bahaya, panas, tajam, mudah pecah dan sebagainya.
❤ Bayi akan mula minat untuk gigit , cabut, patahkan, hisap, campak, tarik, picit, ketuk dan segala kelakuan manipulasi untuk kenalpasti benda/objek dengan lebih mendalam dari segi bentuk, rasa, tekstur, warna dan sebagainya. Misalnya picit pisang untuk lihat ‘apa jadi pada pisang’ atau gigit kunci kereta untuk kenal tekstur dan bentuk.
Maka, anak diusia ini akan kelihatan ‘gatal tangan’ nak capai dan pegang semua benda serta nampak ‘kasar’ bila bermain atau pegang sesuatu.
Maka, ia juga punca anak LEBIH suka benda ‘real’ berbanding mainan. Kerana, benda ‘real’ lebih seronok untuk di terokai misalnya akan keluarkan bunyi jika di campak misalnya sudu besi akan bunyi berdeting bila di campak manakala sudu mainan, tidak.
⚠Mereka bukan nakal, tetapi mereka sedang meneroka⚠ INGAT TU!
Ya, betul. Kadang-kala, ibubapa tak terperasan dan tiba-tiba anak telah memegang sesuatu benda yang tak sepatutnya dia pegang. Ibu mungkin marah, cemas atau panik.
Sekali lagi ingat: anak hanya meneroka. Bukan nakal.
Maka, MERAMPAS benda yang berada di pegangan tangan anak BUKAN respon terbaik.
Mengapa? ⚠ INGAT, ANAK JUGA SEDANG BELAJAR MENGKATEGORIKAN JENIS EMOSI, TINGKAHLAKU DAN RESPON⚠.
Jika anda biasakan merampas sesuatu dari anak, anak juga akan belajar bahawa bila dia mahukan sesuatu yang berada di tangan orang lain, maka yang dia perlu buat ialah: rampas ❎.
Sama halnya dengan jerit, pukul dan cubit anak kecil ❎❎❎. Mereka lihat contoh respon ➡belajar ➡mereka kategorikan semua perkara itu sebagai OK ☑ 💔💔💔🤧🤧🤧.
Bidang saya cuma menerangkan apa yang terjadi di dalam otak anak bagi setiap perkembangan mental yang di lalui. Maka, saya telah terangkan di atas tadi.
Bagaimana untuk menggendalikan kelakuan anak bagi setiap perkembangan usia, bukan bidang utama saya. Maka, saya bantu senaraikan beberapa idea untuk menghadapi tabiat anak yang ‘gatal tangan’ nak pegang semua benda. Rujuklah dengan pakar perkembangan kanak-kanak atau ahli terapi pediatrik untuk nasihat yang lebih bagus.
1. ‘Child proofing’
➡ Ini memang yang utama. Simpan dan letak semua benda ‘terlarang’ jauh dari anak. Jika orang dewasa itu sendiri yang ada tabiat suka letak barang merata-rata sehingga mudah di capai anak, tarik nafas 🔜 ingat bahawa itu silap anda, bukannya anak 🔜 cuba salah satu dari idea dibawah.
2. Tunggu
➡ Jika barang tersebut tidak merbahaya, mudah pecah atau bernilai, tunggu sahaja sehingga anak melepaskan barangan tersebut . Segera alihkan dari pandangan anak selepas dia melepaskannya. Bermula usia ini, segala benda tampak menarik di mata anak. Seringkali, perhatiannya terhadap sesuatu objek yang berada di tangan tak bertahan lama sebelum beralih minat ke objek lain pula.
3. Tukar
➡ Tawarkan objek lain yang selamat tetapi menarik sebagai gantian kepada objek yang tak sepatutnya sedang di pegang oleh anak.
4. Minta dengan baik
➡ Buat anak berusia 10 bulan ke atas yang telah mula ada pemahaman tentang konsep kuasa (autonomi), membuat mereka merasa berkuasa dan penting itu berkesan untuk membuat mereka berkerjasama.
Minta dengan baik untuk dapatkan barangan yang di pegang mereka. Baik bermaksud dengan riak wajah, intonasi dan bahasa tubuh yang betul misalnya, ” Boleh bagi mama, sayang? ” . Anda mungkin perlu minta beberapa kali dan beri masa untuk anak memproses fikirannya. ‘Impulse’ (naluri) anak dalam membuat keputusan tentang sesuatu tidak sepantas orang dewasa. Maka bersabar ketika meminta.
Puji, senyum dan ucap terima kasih selepas anak memberikan objek tersebut kepada anda.
Anda boleh juga meminta anak memberikan barangan tersebut kepada orang lain. Misalnya, ” Adik nak tengok kartun? Adik bagi remote tu pada abah then abah buka cerita kartun ok “.
Meminta izin dan beri jalan agar anak memilih untuk memberi objek kepada orang lain itu buat anak rasa penting dan berkuasa. Anak rasa gembira dan ini buat dia lebih mudah berkerjasama.
5. Beritahu dan ambil
➡Beza rampas dengan ambil ialah: rampas itu bila anak tidak di maklumkan lebih awal bahawa barangannya akan di ambil + barangan di ambil dengan daya paksaan.
Ya, rampas itu perlu di lakukan HANYA JIKA anak memegang barangan yang BENAR-BENAR merbahaya seperti gunting atau barangan penting dan berharga seperti cermin mata kaca.
Jika anda PERLU rampas, PASTIKAN anda:
☑minta maaf kerana perlu
merampas.
☑terangkan kepada anak (selepas merampas) kenapa anda terpaksa merampas.
Jika barangan tidak begitu merbahaya atau penting NAMUN termasuk dalam kategori ‘barangan larangan sepanjang masa’ seperti ubat-ubatan/pil milik nenek, kertas kerja dan barangan di dalam beg kerja mama atau dompet ayah, maka pandang tepat ke mata anak dan sama aras dengan ketinggian anak, beritahu anak dengan jelas , ” NO, ini tak boleh. Ini barang kerja mama jadi adik tak boleh ambil”.
Kemudian dengan lembut tetapi tegas, tarik barangan tersebut dari anak. Jika anak tidak marah atau tidak cuba menahan tarikan, alihkan segera, peluk dan ucap terima kasih kepada anak.
Jika anak keberatan melepas objek, pegang bahu atau tangan anak tanpa lepas. Ulang dengan tegas tetapi lembut mesej bahawa anda tidak akan berganjak selagi dia tidak melepaskan. Misalnya , ” Mama tahu adik sedih. Tapi mama tak boleh bagi adik main ubat nenek. Bahaya kalau adik tertelan dan kalau hilang, nenek akan sakit “.
Ulang sehingga nampak atau rasa pegangan anak terhadap objek melonggar. Alihkan segera, peluk dan ucap terima kasih atas kerjasamanya.
***Selamat Mencuba ❤***
KREDIT:
USWATUN HASANAH MOHD HABIB
KONSULTAN TANGISAN BAYI
DBL INSTITUTE
THB EDU ASSC
THE WONDER WEEKS ACADEMY
SLEEPSMART EDUCATION
Ketahui fungsi caresat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up! Daftar secara PERCUMA di https://toko.ideaktiv.com/product/sayang-nyawa-anak-dalam-kereta/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source