1,000 berarak tuntut gaji minimum RM2,000


PETALING JAYA: Lebih 1,000 berarak ke Dataran Merdeka menuntut hak lebih baik, termasuk peningkatan gaji minimum, sempena sambutan Hari Pekerja, hari ini.
Disokong 60 pertubuhan termasuk Parti Sosialis Malaysia (PSM), Muda, Bersih, dan Empower, perkumpulan itu menyaksikan perarakan selama 30 minit bermula di Menara Maybank.
Mereka menuntut gaji bermaruah, dengan penganjur berkata gaji minimum RM1,500 di bawah Perintah Gaji Minimum 2022 masih rendah berbanding kos sara hidup.
Mereka juga ambil maklum bukan semua pekerja dibayar jumlah tersebut.
“Rakyat B40, terutama pekerja, penjaja, pelajar, pekerja tidak formal, dan penganggur, cukup terkesan dengan peningkatan kos sara hidup. Rakyat pertengahan juga berdepan isu sama,” kata penganjur dalam kenyataan.
Tuntutan turut melibatkan peningkatan gaji minimum kepada RM2,000, pendapatan asas sejagat RM1,000 bagi pekerja tidak formal, jaminan kerja untuk semua, dan hak pekerja migran.
Sebelum ini, Malaysiakini memetik Pengerusi PSM Michael Jeyakumar Devaraj, sebagai berkata gaji pekerja hanya meningkat 1.3 kali ganda walaupun Kadar Keluaran Dalam Negara Kasar bertambah 24 kali ganda sejak lima dekad lalu.
Katanya, kemakmuran negara hasil usaha semua, namun manfaat sangat rendah untuk pekerja.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source