Pintu masuk sesak: Menteri akui ada ruang boleh tambah baik


PUTRAJAYA: Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail mengakui terdapat ruang yang boleh ditambah baik berhubung isu kesesakan di pintu masuk negara.
Beliau berkata hampir setiap hari pihaknya berbincang bagi mencari jalan penyelesaian berhubung perkara itu.
“Saya yakin dalam masa terdekat ini ada beberapa pengumuman pencetus perubahan yang kita buat, ini bagi memudahkan ketibaan pengembara supaya tidak perlu bersesak… kita akui ada limitasi tetapi tekad kami, tidak ada benda yang tidak boleh diikhtiar jalan keluar… teguran dan asakan berterusan kami tidak ambil hati sebaliknya kami anggap ini sebagai cabaran,” katanya.
Saifuddin berkata demikian ketika berucap pada majlis Aidilfitri di Kementerian Dalam Negeri yang turut dihadiri Perdana Menteri Anwar Ibrahim, Timbalan Perdana Menteri Fadillah Yusof dan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Ruji Ubi.
Terdahulu, Anwar dalam ucapannya menegur imigresen berhubung isu kesesakan di pintu masuk negara khususnya di lapangan terbang.
Menyifatkan teguran itu bagi menambah baik perkhidmatan agensi berkenaan, perdana menteri berkata pelancong tidak akan menerima sebarang alasan susulan kelewatan yang mengakibatkan mereka menunggu lebih lama dan berharap perkara tersebut dapat ditangani dengan baik.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source