Ramai kena prank! Raja Azura masih single, hadiri majlis nikah saudara

Raja Azura masih single memandangkan video yang dikongsi di media sosial merupakan majlis pernikahan saudaranya di Istana Seri Tambun.
Menerusi posting yang dibuat pengguna TikTok dikenali sebagai saifalsagof, dapat dilihat wajah pengantin sebenar yang duduk di atas pelamin ketika majlis pernikahan.
Bukan Raja Azura yang kahwin
Raja Azura atau nama sebenarnya, YM Raja Azura Tengku Ahmad Tajudin, 53 memasuki majlis dengan diiringi pembawa hantaran diikuti pengantin perempuan bersama keluarganya.
@saifalsagoff Congratulations cousin! May Allah bless you both. #akadnikah #ariezdiana
Raja Azura masih single, saudara terdekat bernikah
Difahamkan, pengantin lelaki dikenali sebagai Raja Muzaffar Idris Shah Raja Izzuddin Iskandar Shah Al-Haj merupakan saudara terdekat kepada Raja Azura yang merupakan kerabat Diraja Perak.
Artikel lain: “Dari dia bersendirian kini berdua” -Posting Raja Azura dipenuhi ucapan tahniah
Raja Azura masih single, gambar swafoto jadi spekulasi
Terdahulu, hantaran yang dibuat pengacara terkenal itu telah mengundang spekulasi bahawa dirinya sudah mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihan.
Mana tidaknya, swafoto bersama jejaka tersebut telah tular dimana dia mengenakan pakaian berwarna biru sedondon sambil memaut lengan lelaki berkenaan.
Sekadar info, Raja Azura pernah mendirikan rumah tangga bersama anak bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Osman Aroff iaitu Adzmin Osman pada Mac 2001, namun bercerai pada 28 September 2010.
Mereka dikurniakan tiga cahaya mata, Megat Muhammad Raziq, 22, Megat Luqman Hakim, 21, dan Puteri Mia Maizura, 19.
Sumber: TikTok saifalsagof
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source