Bagi sebuah negara sebesar China, pada era dinasti-dinastinya suatu ketika dahulu, mengekalkan keamanan dalam masyarakat adalah peranan utama dan terpenting dalam pentadbiran kerajaannya. Dalam keadaan negara yang sentiasa bergolak dengan peperangan serta pemberontakan, pelaksanaan undang-undang dan hukuman yang kompleks membantu untuk mentadbir negara dan mengawal tingkah laku rakyatnya.
Dalam Mencius (《孟子》), sebuah koleksi cerita yang disusun pada abad keempat SM, mengenai sarjana Konfusianisme dengan nama yang sama, seorang ahli falsafah terkenal pernah berkata: “Tiada apa-apa yang boleh dicapai tanpa peraturan dan piawaian (不以规矩, 不能成方圆).” Di sini saya senaraikan beberapa jenis hukuman dan peraturan yang boleh dianggap pelik pada era dinasti China purba.
- Tiga Orang Pemabuk
Pada era Dinasti Han, jika mahu berkumpul untuk minum-minum bersama kawan, ia mungkin satu tindakan yang sangat berisiko. Ya, undang-undang kerajaan menetapkan bahawa berkumpul dalam kumpulan tiga orang atau lebih boleh dikenakan hukuman denda 4 tahil emas. Jadi, janganlah cuba nak panggil member ajak pergi minum pula pada zaman Dinasti Han ini.
Rakyat hanya dibenarkan berkumpul untuk minum dan makan di majlis-majlis tertentu sahaja, seperti majlis kahwin, pengebumian dan festival. Alasan kerajaan Han menetapkan undang-undang ini adalah kerana mereka bimbang jika orang-orang mabuk ini akan bertukar menjadi ganas, berkelakuan tidak senonoj dan boleh mengganggu ketenteraman awam.
- Minum Dakwat Jika Tak Menulis Dengan Kemas
Ini salah satu hukuman yang paling pelik dan kejam pernah ada dalam sejarah dinasti China. Pada era Dinasti Sui (581 – 618), sistem peperiksaan empayar China, iaitu ‘keju’ ada menetapkan satu peraturan yang sangat pelik. Sesiapa sahaja boleh mengambil peperiksaan dan menjadi pegawai kerajaan, namun, berhati-hati ketika anda menjawab peperiksaan. Menurut Book of Sui (《隋书》), rekod sejarah rasmi Dinasti Sui (581 – 618), undang-undang Sui menetapkan bahawa calon peperiksaan dengan tulisan tangan yang buruk akan dihukum dengan dipaksa minum satu sheng (sekitar 200 mililiter) dakwat. Memandangkan jawapan peperiksaan ditulis secara teori dan diserahkan kepada maharaja, tulisan tangan yang buruk itu dikatakan boleh menunjukkan rasa tidak hormat kepada maharaja yang dianggap anak syurga.
- Menghormati Ikan Kap
Ini berlaku pada zaman Dinasti Tang. Kap (鲤 lǐ) ada sebutan yang sama dengan nama keluarga maharaja Tang (李 lǐ) dalam bahasa Cina. Menurut rekod The Miscellany of Youyang (《酉阳杂俎》), iaitu sebuah rekod tentang adat resam rakyat, dan ubat-ubatan herba yang disusun dalam dinasti Tang, ikan kap harus dirujuk sebagai “Lord Red Carp (赤鲤公) ” untuk menunjukkan rasa hormat kepada keluarga diraja. Peraturannya juga ada berbunyi begini, “mereka yang kebetulan menangkap ikan kap harus segera melepaskannya; tidak boleh memakannya…dan orang yang menjual ikan kap akan disebat 60 kali.”
- Lelaki Qin Tak Boleh Menangis
Jika anda lelaki dewasa dan hidup pada zaman Dinasti Qin, anda perlu lebih berhati-hati dengan emosi anda. Ada rekod yang menunjukkan bahawa undang-undang Qin melarang lelaki daripada menangis. Jika lelaki dewasa didapati menitiskan air mata, janggut dan keningnya akan dicukur sebagai hukuman. Dinasti Qin terkenal dengan penyembahan terhadap “semangat mempertahankan diri” dan tradisi pahlawan, jadi menangis boleh dilihat sebagai satu kelemahan lelaki.
Setiap undang-undang pelik yang ditetapkan pada zaman purba ini bermatlamat untuk mengawal peribadi serta keharmonian dalam kalangan masyarakatnya. Meskipun pelik, tetapi pelaksanaannya ketika itu, telah memberi satu nilai penting kepada masyarakat untuk menghormati peraturan yang ada.
Oleh: Farahi Kamaruddin
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source